28 November 2011

Sedapnya kek tuuu

Baru balik dari wedding kawan opis, meriah betul kenduri adat orang india nih. pelamin meriah, orang tersangat lah meriah, makanan apa ntah lagi dah tentu le meriah jugak. Kalau adat melayu, duit orang salam kat mak pengantin, berbeza pulak ngan adat india. Pengantin yang masyuk lorr,  itu le pertama kali aku dapat meriahkan majlis kawen bangsa lain. 


Otw nak balik ke rumah, adik aku singgah ke secret resepi dulu. seingat aku la, time bertunang dulu aku dapat kek hantaran secret nih. Tentu la da lupa rasanya macammana kan (lama dah tu..). 


So, adik aku beli bawak balik rumah. apa lagi, aku jadi 'juri chef' gitu..rasa terlampau le sedap hahaha...jakunnya aku time tu..ish tak boleh bawak majlis betul aku nih. tapi yela buat apa nak malu secara realitinya itu lah aku wakakaka, aku ni bukan la tergolong dari golongan yang suka pi tempat-tempat macam tu melainkan ada orang ajak heee..ingat lagi dunkin donut tu. 


Kawan baik aku la yang bakal jadi pengantin tu yang pekenalkan. Kalau tak, gamaknya sampai sekarang la aku tak rasa dunkin donut tu. kesian kat aku nih !! dan yang terbaik aku dah meluah kat my sugar daddy, tahun depan genap mia 1 tahun. nak beli kek tersangat la sedap tu. syukur Allah memberi nikmat rasa pada aku. Itu pun aku masih leka duduk di atas bumi ni. uhukkk...k selamat malam tido time. tutup cerita untuk malam ini. tadaaa...





1 comment :

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™