04 December 2011

Ikan lumba-lumba beranak

Kali ni aku nak post gambar-gambar menarik mengenai proses kelahiran makhluk Allah yang sangat comel dan bijak ni. Info yang aku dapat, kebanyakan ikan lumba-lumba akan melahirkan anaknya pada waktu malam. Ikan ni juga mempunyai kemampuan luar biasa iaitu boleh menyembuhkan luka dengan sendiri. hebatnya kuasa Allah memberi kelebihan pada ikan ni. 

Lagi satu walaupun mengalami cedera parah ikan lumba-lumba tetap makan seperti biasa dan berprilaku normal. Kalau manusia, sakit sikit pon dah tak lalu nak makan. heee. Dan aku terbaca luahan hati wardina safiyya mengenai 'penderaan' terhadap haiwan ini. Katanya, ikan lumba-lumba akan mati jika ditempatkan di kawasan baru. Ikan ini akan mengalami tekanan. Kajian menunjukkan bahawa ikan lumba-lumba adalah antara haiwan yang tidak mungkin dapat menyesuaikan diri dalam 'kurungan' walau selama mana pun mereka dilatih. 

Naluri semulajadi mereka adalah di lautan, melompat dan bebas bergerak. Aku sokong 200% luahan hati wardina tu. dia kesian melihat ikan lumba-lumba dan singa laut yang dibawa masuk ke malaysia dalam pertunjukan The Dolphins and Sea Lion Show yang dibawakan oleh LD Sports Sdn Bhd membuat pertunjukan dan hiburan manusia semata-mata. Kemudian, boleh pulak pegang dan bergambar bersama ikan ni dengan caj bayaran sebanyak RM 15. Kata wardina lagi, kajian mengatakan ikan lumba-lumba tidak suka dipegang banyak kali, ini akan membuatkan dia merasa tekanan yang amat dasyat sehingga boleh membuatkan usus dalaman rosak dan membawa maut.

Alahai kesiannya, bagus ada artis macamni yang mampu dan boleh bersuara secara langsung memberi pengajaran, membuka minda dan pengetahun kepada orang ramai supaya sensitif pada haiwan-haiwan seperti ini.




tengok, ekor anaknya keluar dulu. emmm (bila la dapat jadi bidan ikan lumba-lumba ni) hahaha  mengarut !!

Tadaa..baby dolphin da keluar. alahaiii

Wah mak dolphin tak berpantang hahaha senyum aja dapat baby kui kui kui

Emm sedang mengajar anaknya berenang dengan betul. heee

Sangat comel gambar ni. huhu tengok ikan lumba-lumba pon sayang kat anak dia. takde pulak dia buang anak dia ke darat lalalala, kawan aku dimerata-rata. yang baik la, kalau ular tu bluppppp....tu bukan kawan lorr...tapi kalau tak mendatangkan bahaya okey aja.

0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™