07 December 2011

Puding karamel tanpa telur


Harap maaf la ye, gambar puding karamel ni aku ambil dari laman myresepi saja nak share-share dengan korang. Aku belum buat lagi, tak ada masa lagi nak buat hahaha. Lagipun chef wan tak datang ke rumah lagi, cammana nak rajin masak kui kui kui. Sebelum ni, aku penah la juga buat puding karamel ni TAPI yang ada telur tu. Aku tak berapa suka sebab rasa telur kui kui kui..gamaknya apa le rasa puding ni ye? cer korang try buat tadaaaa..

Bahan A
2 senduk gula

Bahan B
7gm agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair 
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu esen vanilla
(campur sebati bahan C)

Cara-cara
1. Hanguskan gula macam buat puding karamel biasa dan ketepikan.
2. Dalam periuk didihkan bahan B, kecilkan api dan masukkan bahan C
3. Kacau rata lebih kurang 3 minit atau sehingga bahan agak likat.
4. Matikan api dan tuang ke dalam gula hangus yang dibuat tadi.
5. Bekukan dan hidang.

Selamat mencuba !!



Ni hasil kerja aku hahaha nampak keras kan. Tak apa ni exsperimen namanya. Faktor keras puding ni sebab aku kurangkan air dan menggunakan 1 paket serbuk agar-agar. Resepi di atas pun aku dah ubah dari satu paket serbuk agar-agar ke 7gm serbuk sahaja. Ni dari survey resepi-resepi puding karamel tanpa telur dari blog yang lain. Mengikut kata kawan aku tu, menggunakan serbuk agar-agar sebanyak 7gm baru la sedap dan 'gedik'. 

1 orang bagi coklat :

QasehnyaRania said...

wow..dah jumpa puding karamel yg tak guna telur...dulu pu3 buat guna resepi yg da telur...memang tak suka sebb tak suka telur..cik asbenn yg habiskan...sedap bila mkn sejuk...pu3 amik resepi yer...kata sharing is caring...hhheeeee

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™