29 January 2012

Puding Triffle


Bahan-bahan *

* Kek swiss roll (untuk lapisan bawah puding)
* 3 sudu besar Tepung Kastard
* 1 sudu besar Gula
* 1 cawan Air
* 1 tin Susu Cair (brand Ideal sedap sikit)
* 1 tin buah-buahan dalam tin (peach pun boleh) (tos & ketepikan)
* 1 bungkus Jelly/Agar-agar perisa strawberry (Jenama Nona)
* 400g Air (untuk masak bersama Jelly/Agar-agar) - saya suka buat 500g, bagi lembik sikit.

Cara buat *
  1. Potong kek dan susun ke dalam bekas yang sesuai. Ketepikan
  2. Bancuhkan tepung kastard bersama 1 cawan air dan kacau sampai larut.
  3. Masukkan bacuhan tepung kastard tadi ke dalam periuk kecil bersama gula, susu cair dan sirap buah-buahan dalam tin. Kemudian, panaskan di atas api sederhana.
  4. Kacau sehingga pekat dan likat. Setelah siap, masukkan terus ke dalam bekas yang berisi kek yang telah dipotong dan disusun. 
  5. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek tadi. 
  6. Setelah itu, bolehlah taburkan buah-buahan dalam tin ke atas adunan tepung kastard tadi dan ketepikan.
  7. Akhir sekali, bancuhkan jelly tadi mengikut 'jenama'.  Kalau nona 400g air.
  8. Setelah bancuhan jelly sudah larut, masukkan terus ke atas adunan tepung kastard dan sejukkan.
Ni rupa puding triffle yang telah dirompak


1 comment :

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™