27 February 2012

Kanak-kanak sudan


Apa perasaan korang tengok gambar kanak-kanak sudan ni?

Gambar ni dirakamkan oleh Kevin Carter dimana
gambar ni telah memenangi Hadiah Pulitzer
(Hadiah gambar terbaik dunia bagi kategori kewartawanan)

Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Sudan sedang mencari makanan kerana Sudan ketika itu sedang dilanda kebuluran yang sangat teruk. Di belakangnya terdapat seekor burung hering sedang menunggu untuk meratah budak perempuan tersebut sekiranya dia mati. Walaubagaimana pun tidak dapat dipastikan nasib budak tersebut selepas gambarnya dirakam.

Kevin Carter merupakan seorang wartawan Afrika Selatan. Apa yang menyayat hati ialah beliau telah membunuh diri 2 bulan selepas dianugerahkan hadiah Pulitzer tersebut. Mengikut Judith Matloff, rakan lama beliau, kevin sering dilihat dibawah pokok sambil menghisap rokok bersambung-sambung dan sering menangis selepas beliau memenangi anugerah gambar tersebut.

Dalam notanya Kevin mencatatkan yang beliau tidak dapat melupakan peristiwa yang sentiasa menghantuinya. Pembunuhan, kemarahan, kesakitan, kelaparan, kanak-kanak yang cedera dan tembakan membabi buta semasa berada di sana.

Itulah secebis kisah daripada peristiwa-peristiwa yang menyayat hati yang berlaku pada setiap detik di seluruh dunia. Maka jika anda merasakan andalah orang yang paling susah di dunia ini sebenarnya masih ramai lagi yang jauh lebih susah dari anda. 
(kredit to blog fikir2renung2)

Photobucket

0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™