14 February 2012

Valentine Day dibatalkan !!




Photobucket





Hahahaha aku memang suka teori matematik kat atas tu...
Tak caya cer tekan kokulator korang... betoi ke idak..Apa-apa pun, sambut Valentine Day tu kan haram..so buat apa la nak sambut kan..Teringat dulu zezaman remaja...asal valentine day je..ramai yang dapat munge ros..ekspeceli kaler merah la kan...

Tapi aku tengok hari ni,, macam kureng je Valentine nih..tak macam tahun sudah..Maybe ramai dah open mata kot !!! heee..

So, sila lah tinggalkan terus sambutan Valentine Day yang dibanggakan tu ek..dulu2 punya cerita tinggalkan aja buat pekasamm...



Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak sepertipergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang denganmemberi hadiah yang mahal-mahal. 

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allahs.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yangjahat (yang membawa kerosakan)." (al-Israa' : 32) 

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat
Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anakluar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: "Sebahagian besar remaja yang ditempatkan diKewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day. Mereka keluarberpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil."

0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™