06 October 2012

apam pokodot lagi


Atas permintaan kawan aku si MOMY IMAN tu........................... 

yang nak aku buat apam pokodot untuk dia.. aku ni nak buat kena ada angin bayu sikit..kalau tak berchenta lerr nak buat melainkan betul2 nekad nak buat hihi... 

apa yang aku perasan sejak dulu lagi..aku ni suka sesangat kumpul resepi..tapi buatnya idok ponn...resepi jadi pekasam je.... kalau dah buat yang itu..itu je le aku ulang2 buat..lepas tu lupa resepi hihihi...tu memang takleh nak buat apa penyakit lupa makin teruk sejak bersalin nihh......

balik pada apam tadi..aku suka tengok corak dot2 apam tu besar sikit..nampak le macam telur dinasor..tapi tangan aku ni macam ada acuan plak..asal aku dot dot apam tu mesti saiz dia kecik tu je..sebab tu le dot dot aku tu dot nye saiz S je ....

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk gred A
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
filling (strawberry, blueberry, kaya)

Cara Membuat 
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
Letakkan filing secukupnya.
Picitkan lagi adunan sehingga hampir penuh
Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit sehingga masak.




Photobucket

6 comments :

  1. akak tak penah buat apam.tingin nak buat tp sampai skrg tak penah cuba.

    ReplyDelete
  2. comelnye..teringin nak makan saat ini jugak..kehkehekhe..

    ReplyDelete
  3. comelnya apam..:)

    ReplyDelete
  4. dpt berape bj ye gne resepi nh??^^

    ReplyDelete

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™