Followers

31 March 2012

Sekitar Majlis penyatuan 2 jiwa



Hari ni ada majlis penyatuan dua hati kat depan rumah aku..
khemah tu dia.... 8 khemah..so senang le aku berprojek..
bukak pintu terus duduk kat meja makan hahaha...

Jahat no...

ni masa kat umah pengantin....
Comeynya kakak yang pakai baju biru tu..
ni sebelum pengantin disandingkan..so aksi candid-candid wit onyah sedang dijalankan..
kesian lorr dak kecik ni pakai baju ni..terpaksa rela kan..ibu pakaikan..onyah tadah aja..

pendek kata panass ibu baju ni...

Jenuh juga paksa dia pakai kat atas kepala tu.. asyik nak buka je..epppp tak leh buka-buka..babab nanti..


Onyah telah 'diculik'... so sesi pengambaraan terhenti seketika..tu kakak baju biru yang culik hahaha



Ni hari pink ke? hurmm ntah le..aku pun macam terlibat sket..wink..wink..


Suka tengok gambar ni..dulu onyah tak merasa naik buai ala-ala wonderland ni..so aku
bagi dia naik dengan muka tak malu muahahaha...pinjam ye mak pengantin..jangan marah..
suka la tengok buai ni..bunga besarrrr punya


Memandangkan ahli keluarga pengantin ni asal dari johor..harus le ada TOL ye dak??
memang banyak tol lahh.. ni tol terakhir..kalau tak bagi..jangan harap pengantin laki dapat naik pelamin hahaha... nak aja aku letak onyah kat tengah2 tu..kot-kot dia pon dapat TOL gak heee...


Ni la pengantin pompuan.. ayu gitu...tema oren putih..pelamin memang super cantik...
zaman aku idok le merasa pelamin rupa ini ye dak...


ni opah onyah..geng marhaban..so kena la wat keje lebih hehehe..
nanti aku dah tua gini le gak..muda muda ni idok le join lagi..


Photobucket

Dapat skirt baru



Tengok..apa la yang kena ngan budak kecik ni..
baju ni mak nani (pengasuh) onyah yang bagi..bertambah-tambah koleksi baju onyah ye..



Dapat kopok..tapi frust tak leh makan..hahaha



dah penat meniarap..baring pulak lahh...ibu jahatttt...


Photobucket

Tengok Youtube ceramah


Hujan lebat sekarang ni..

Tengah tengok video ceramah ustaz don mengenai Al-Quran..
tersentap aku sebab 'sapa makan cili dia terasa pedas'
Penyampaian Ustaz Don menarik minat aku mendengar ceramah-ceramah agama..

Sikit demi sikit aku buat perubahan..
Semoga ianya berkekalan..
Amin..




Photobucket

3 in 1



Anak ibu ni dah pandai buat 3 in 1... 
jangan hengat kopi je ada 3 in 1..dak kecik ni pon boleh buat..
duduk..merangkak..berdiri..

sekali serentak dia buat..walaupun merangkak ada lah 2-3 tapak..tapi okey la..
janji ada basic dia..huhu cayang onyah..
sekarang budak ni dah pandai ikut apa orang buat.. kalau sebut TAKNAK..dia geleng kepala..
main chak-chak pun boleh.. macam tadi ayah dia sebut mamam..dia pun sebut gak..

La ni air liur dok meleleh-leleh..nak tumbuh gigi gamaknya..
pasni budak ni pandai gigit le..la ni pon pandai gak..pantang jumpa kepala lutut..tak kira sapa punya lutut..dia main sapu bersih punya !!



ni baru 9 bulan..
dah pandai godek-godek radio atuk dia.. kemas meja pon pandai dahh..
lepas ni mula la episod wat 'ibu onyah'...
menjadi tarzan wakakkaa


Photobucket

Doa Hilang stress dan tekanan



Photobucket

29 March 2012

Kurma untuk ibu hamil


Photobucket

"Makkkk...."



Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
Photobucket

Suprise besday dari SUGAR DADDY


Terharu..gembira tak habis-habis lagi..
memang SUPRISE..

Semalam kan besday aku yang lagi 2 tahun nak ke 30 heee..ni lebih pada kesah en. sugar la ni..
masuk tepat jam 12 malam time besday aku tu..memang aku tak tidur tunggu mesej dari orang tu..
tapi sedey..dia tak sent pon wish.. so takpele..maybe usia makin tua ye dak..tradisi makin dilupakan..uhukk

So nak dijadikan cerita, petang semalam..laki aku balik rumah..dia cakap nak pergi rumah pak tam..ada kerja nak buat...dia suruh aku mandi cepat dan sempat dia cakap kat onyah pakai baju 'lawa-lawa'..tak tertanya pula aku..hai selama ni pegi umah paktam..pakai baju apa pun boleh.....

On the way ke umah paktam...aku minta dia beli kek besday memandangkan aku tengok..macam takde hint2 nak beli kek macam selalu pon..masa tu mula la sedih tahap gaban... siap bergaduh-gaduh..paling bes dialog dia.. dah tua pon nak kek ke? beli je kek pisang..uikhhhh aku sentap lagi menyentap le kan..sepanjang jalan aku jadi batu belah batu tertangkup..

Sampai je kat umah paktam...apa lagi tetiba macam kena karan jek..tengok banyak makanan atas meja..siap ada sumi n gula-gula..

Paktam yang baik hati tengah buat air tu cakap.. ada meeting blok kejap lagi.. tu buat makan-makan..err yeke?? tapi dalam ati aku macam gelisah tak tentu pasal weh..tup tup ramai yang datang..siap bawak bini...aiii meeting apa ni...

Tiba-tiba.............................................
en. sugar bawak kek besday yang tulis SELAMAT HARI JADI SAYANGKU...gluppp...
wahhhh malu tak terkata lorr..nak je aku lompat-lompat kat dia..tapi yele ramai ornag..ate giler laaa kalau aku buat aksi gitu...ahahahaha.. 

memang terharu..ni la 1st time dia buat suprise macamni..terima kasih ye en.sugar..
sanggup buat suprise macamni.. serba salah aku sebab gaduh-gaduh ngan dia..tula sapa suh cari pasai hahaha.. maceh gak kat geng-geng paktam yang sama-sama beroperasi wat suprise kat aku yang tak seberapa ni... memang terharuu.. tapi sedey gambar takde..suprise le katakan..

so harapkan gambar kat tepon kawan sugar je lahh..
Onyah??? ohh terlupa tangkap gambar ngan dia sebab MALU satu hal...lupa satu hal...maknanya jadi dua hal la..kkiikiki..

Photobucket

28 March 2012

Terkilan tak bagi susu badan



Spectra 3 Pam Susu Ibu  - Image


Baru lepas baca blog aienadirah..kelakar juga baca blog dia..gelak sambil guling-guling aku baca...
so terbaca la entry dia pasal pam susu..

wahh tetiba aku rasa terkilan sebab tak dapat bagi susu badan kat onyah ni...
yela masa tu kurang pengetahuan..masalah biasa menimba kat ibu-ibu yang bermasalah nak bagi susu badan... kenapa la time tu aku tak terfikir pam up sket... time tu bukan tak pam..pam juga
tapi sekali dapat la 2 oz..kadang2 1 oz je..mau tak sedih..

terus aku give up...
memang aku tekad..ada rezeki anak kedua ni..aku nak beli pam elektrik..mungkin boleh membantu
kalau masalah yang sama berulang... 

Kat bawah ni stori kisah ibu yang tak dapat menyusu badan macam aku gak..kisah kak ros..so bagi ibu-ibu yang senasib dengan aku and kak rose ni..
ambil le sumber inspirasi ye..janji jangan jadi macam aku...sedihh


.........................................

Just nak shara pengalaman. Dulu sy tkilan, marah & rasa org tak memahami apa yg sy lalui bila tak berjaya menyusukan Ank 1st sy. Sy rasa Alasan sy cukup kuat, pertama, nipple saya tak kluar Dan menyukarkan proses penyusuan. Kedua, ank saya jaundice, Dlm masa yg sama menghadapi critical constipation problem. Jd dia asyik menangis siang mlm. D hospital sy terpaksa berjaga siang malam hingga bleeding. Bila saya bg dia BF dia akn menangis menjerit hingga sy pun mnangis. Sy betul2 give up tambahan dgn kadaan kesihatan saya yg mkn lemah.

Sblm mngandung ank k2, sy tlh mdengar cerita sorg kwn yg tak berjaya menyusukan ank tp  berjaya utk ank ke 3 nya. Saya jd bsemangat utk menyusukan ank k 2 sy. Baru sy sedar selama ni kesedaran sy kurang sb tu cepat putus asa. Ilmu juga kurang, mlh persediaan juga kurang...apa yg sy baca selama ini tak cukup.

Tapi cabaran Kali ini lbh hebat sb sy akn bersalin scara elective c-sec due to spondylosis(sakit belakang yg sy hidapi slps bsalin ank 1st). Sy brusaha mencari ilmu secukupnya,persedian & kemungkinan masalah yg akn sy hadapi. Ketika usia kandungan 8 Bln sy dinasihatkn bercuti kerana keadaan sakit belakang sy yg makin serius. Doc jg mnyatakn sy mungkin dpaksa bersalin awl jika bacaan diabetes sy tinggi. Jd sy terpaksa mjaga mkn...

Waktu ini, sy mulakan urutan di nipple dgn nipple cream supaya tak tenggelam. Sy tlh sediakn electric pump utk kegunaan slps bsalin. Cooler bag Dan lain2 barang untuk persediaan EBF. Seperti yg telah sy jangka Kali ini lebih sukar proses EBF sy, pelbagai posisi sy cuba untuk BFkn ank sy tp tak berjaya... Belakang sy ni terlalu sakit, tangan saya agak lemah.... Akibatnya tiap kali mencuba Akhirnya sy pasti menangis kecewa & kesakitan yg teramat. Alhamdulillah dorongan kuat hubby & MIL. Akhirnya sy teruskan dengan pumping. Buat pmulaan Setiap 2 jam, bila susu da byk sy teruskn stiap 3 jam non stop siang mlm, consistently spaya susu tak kurang. Alhamdulillah sy berjaya EBF walaupun scara indirect. Sy terpaksa berkorban bila indirect EBF ini diteruskan selama 4 bln. Meskipun kurang tidur & terpaksa bkerja esoknya sy puas hati Dan rasa sangat berbaloi. Ketika usia baby mencecah 4 Bln, sy berjaya menyusukan scara direct kerana sakit belakang sy telah berkurangan. Skrg Baby telah berusia 18 bln & masih BF, akn dteruskan hingga 2 thn InsyaAllah. Sebenarnya kl kita tekad & bsabar InsyaAllah, Allah akn Bantu. Tiada yang mustahil. Semoga sdikit pngalaman sy ini dpt mberi sdikit inspirasi buat ibu2 lain utk mcuba penyusuan susu ibu.
---------------------------
Bagi ibu-ibu yang mengalami sedikit kesukaran seperti masalah tiada masa nak mengepam atau kekurangan susu. Sila lah contohi ibu ini. Dalam keadaan fizikal yang sukar pun masih berjaya menyusukan bayinya sehingga 18 bulan.

Bila kita susah, jangan lupa ada orang yang lebih susah dari kita.
Photobucket

Hari Istimewa (28 MaC)






Tadaaa...its my besday today..
setakat ni tak ada orang wish besday kat aku lagi..

so aku wish untuk diri sendiri
SELAMAT HARI LAHIR DIRIKU..
kerana setiap tahun ianya begitu berharga...hahah camne ayat boleh tahan ke boleh blah ???

Penting ke besday ni?
heyyy of cos la penting lorr...melainkan korang alien..memang tak bermakna la besday tu..
Bukan la nak sambut besday besar-besaran.. buat party bagai..
cukup le sesimple dimple.. dapat sebiji kek pon dah cukup bermakna..

Asalkan korang mengingati hari jadi korang bermakna hari ibu-ibu kita bertarung nyawa melahirkan kita..
bagi aku sambut besday tu penting atas faktor kat atas tu la..
aku memang mempraktikan dengan wit mr. sugar..

Bukan apa, aku tak nak bila anak aku dah besar..dia tak menghargai pengorbanan ibu n ayah dia..
sekurang-kurangnya dan sejauh mana dia pergi suatu hari nanti..dia akan ingat dekat mak n pak dia melalui tarikh hari lahir ni..

Sejujurnya..
family aku tak mengamalkannya..
yelah orang dulu-dulu.. mungkin segan kot..
aku tahu..mak n ayah aku hengat besday anak-anak dia..tapi tak terluah..
so, kami mengkami ni pon terikut acuan macam tu... antara adik beradik je wish..tu pon kat mukabuku je..

Bila dah tengok situasi macam tu....so, aku nak ubah..supaya anak aku 
hengat dan hargai hari lahir.. 
Cerita hari jadi ni..teringat kesah.. 13 tahun yang dulu..

Sekarang umur ayah aku dah 58 tahun okey.. kalau tak silap penggiraan aku la..maklum la lemah math..
masa umur dia yang ke 45... aku ada beli KAD BESDAY.. siap tulis ayat-ayat la..
tapi tak terbagi kat ayah aku..puncanya 'malu'...sebab yelah..tak pernah di ajar kearah itu..huhu..nanti nak cari balik kad tu..rasa-rasa masih simpan..tapi dimana ya???



Oh tidak..genap la usia aku 28 tahun hari ni..
nampak tak??? lagi 2 tahun masuk era baru..moga-moga hidup aku diberkati Allah..
Gamaknye ada tak KEK BESDAY from itu en. sugar???
setiap tahun memang ada..tapi tak tahu la kalau-kalau tahun ni takde..

hurmm tak kira....nak juga....
tak minta hadiah..cukup le menghargai 
HARI LAHIR KU...





Photobucket

27 March 2012

Bahagia selamanya



Ni salah sorang kawan sekolah aku...
aku just panggil dia shuad..nama penuh?? pikir le sendiri wahahaha..
hurmm bila aku tengok gambar-gambar shuad ni kat fb..
tetiba aku yang rasa 'bahagia'.. tengok kenkawan bahagia dengan life diaorang..

aku bukan la tak bahagia..amboi..ayat-ayat mendalam nooo...
tapi aku suka kalau life aku macamni..
suami sentiasa menjadi kawan..
jadi pakwe.. yele..dah kawin ni..banyak benda dah berubah..rindu lorr zaman dulu-dulu..

Ekceli aku suka style suami dia....sentiasa berkepit..suka bergambar..gambar berdua pon tak kesah..seronok je aku tengok deme berdua ni..ohoo bertiga okey..tengok si kecik tuu..
moga korang bahagia selama-lamanya ye..

Sori ek setakat ni takde rezeki nak jumpa ko lagi shuad..
yela mak metua aku kat kl..ko kan memang orang kl..
tapi mak metua ko dok perak..aku pon dok perak..
errr korang paham ke ni??? hehe..

so bila ada cuti am..gerenti tak dapat jumpa sebab..
shuad balik perak..aku balik kl..
hurmm kesimpulannya... time cuti am..ko duduk je kl..senang aku call ko hahahaha



Photobucket

Tunang Ustaz Don


gambar tunang ustaz don daniyal

Hari kerja aku buka tenet ni layan stori pasal ustaz don aja...dari fb..ke blog..so dari satu blog tu aku terjumpa ini gambar la..

Bakal doktor tunang ustaz ni..
cun pun cun... vog juga ek bakal isteri ustaz ni...cayokk lahh..
bila le gamaknye dia nak kawen ek.... dua-dua asal dari penang..


Photobucket

Scan..Save..Copy.. and Paste




Semoga baby onyah ikut macamni bila dah besar ye !!

Photobucket

Sombong dan Rugi



dan


✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya kanak-kanak tak solat, Hasan dan Husin ketika kanak-kanak pun solat.


Photobucket

Taknak bubur..nak Nestum



Kisah sedih pagi-pagi selasa ni..teringat budak kecik (onyah) terpaksa bangun awal sebab 
hari ni turn aku amik kunci opis..dengan hujan bagai..redah la wehh..biasa la minah rempit..
tu la sapa suruh takot bawak kete..alahai..spesis camni pun ada..lesen ada..hahaha..

back to story..

Kadang-kadang kesian aku tengok si kecik ni..
bukan tak pernah masak bubur untuk dia..tapi baru makan 2-3 sudu..dah uwekkk...
macam-macam cara dah buat..blander..lenyek..pun tak jalan juga..

So, bila terbaca pendapat satu forum ni..bubur campur sikit dengan nestum..
aku pun cuba la..mula-mula memang berjaya..tapi lepas tu dia buat lagi.....
adehh la anak aku ni..

Sudahnya dia makan nestum aja lah..dan pisang..betik..
aku hengat anak aku sorang je rupa itu..
anak kawan member aku pon camtu..sampai setahun tak pernah makan bubur..
perhhh lega aku dengar huhuhu...

Selalu aku bagi nestum beras..aritu tersilap beli gandum + madu..aku rasa yang ni ok..
nasib anak aku nak makan..

sekarang tengah pikir nak tukar susu apa untuk budak ini bila dah cukup setahun...
susu apa ek????? T



Photobucket

26 March 2012

Buat ladybird guna batu sungai



Kretif betul orang ni..
hengat apam polkadot je boleh buat ladybird ni..
kat batu sungai pun boleh..dasat...

Sesiapa yang beli buku LAMAN keluaran april..korang boleh tengok cara-cara lukis ladybird ni kat atas batu sungai..aku teruja tengok ni sebab aku kan pencinta hewan..walaupun..hanya batu..
memandangkan ada unsur rupa ladybird haruslah aku gila tengok..

Nak buat..tapi tak tahu bila..kena cari masa..cari batu..cari berus..cari cat...wahh banyak kena buat..


Sebiji macam apam polkadot..tapi ni bukan apam ye..ni cik batu..



Photobucket

Berbuka makan SPEKAKI


Hari ni puasa nazar terakhir..
alhamdullilah dapat juga abis kan..berkurun-kurun..
lepas ni leh sambung puasa ganti pulak..sebulan tau..sebab ngam-ngam dalam pantang..

So..
Layan SPEKAKI ini hari..heee idok eh..layan spageti la weh...
walaupun macam tak lengkap sebab takde cendawan butang..tapi boleh layan lagi la..
cendawan tu memang ada..tapi macam 'musykil' je..so tak jadi beli..

Kemain tamak makan..sampai satu tahap aku rasa mabuk spegeti je..
tu la Nabi dah pesan..berhenti sebelum kenyang..
tu la padahnye..sampai nak solat aku suruh laki aku solat dulu...

Photobucket

Tesco pagi-pagi buta



Pagi-pagi lagi budak kecik ini telah di hangkut ke tesco...gara-gara terjaga..
Aku memang dah siap..tengok-tengok ini budak sudah duduk kat atas katil..ayah dia pun sedap tidur..
so..edisi hangkut le jawabnye..

Dengan tak basuh muka..tak mandi 
ke tesco le dak kecik ni...belasah aja la onyah..lagipun opahnya da setat kete..tinggal nak jalan aja..
ni 1st time tau pi terjah tesco pepagi buta..hajat nak beli kemain..bila dah sampai tesco..nampak itu ini tak hengat dunia dahh..


Pertama kali duduk dalam troli..alahai kecik je budah ini ye..
mula-mula senyap je la duduk dalam tu..lama2..pandai pula minta dukung...


Opah tengah pilih udang terbaikk dari ladang...
kira murah juga la udang tu semalam..besar-besar lorr


Tengok saiz le pulak ek..XXL..hurmm tak rugi pi tesco semalam..cewahhh



Ni bukan gambar balik dari tesco..ni gambar lama..tetiba terjumpa ..so post la kat sini..edisi dera onyah..
Onyah kena pakai tudung ye..ni makcik dia punya keje la ni..takde orang lain dah..


Photobucket

25 March 2012

Kerana dirimu begitu berharga


 

Pesanan dari USTAZ DON DANIYAL
Photobucket
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™