30 November 2013

2 Januari la sayang...bonus..bonuss




Excited punya pasal masa tengok NASI LEMAK KOPI O dok baca berita pasai bonus kerajaan pada 2HB... terus aku mesej cik abang cakap isnin ni bonus dapat... lama tu baru dia balas, dalam hati sepanjang menunggu dia balas mesej cakap gak..aii tak excited ke...dalam kepala otak ni dah aturkan apa nak buat dengan duit tu..maklum le nak balik kampung le konon leh le joli katak...citt..

siap mesej kat adik lagi yang dok berjimba-jimba kat langkawi..dia pon balas nak perabih duit shopping kat sana..sebab 2hb (isnin) dapat bonus..huhu...

sekali amat mengecewakan..aku telah melayangkan mesej-mesej harapan menggunung dekat husband dan adik yang dok makan angin tu...rupanya 2 JANUARI le cek...bukan 2 DISEMBER..aduuiiiii...jemm kepala ni..tu la tiba2 attact 2hb..kemain lompat bintang.. dengan adanya bukti kat bawah ni..comfirm..ianya betul hahaha

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 37/2013 (BONUS)


Photobucket

28 November 2013

Batuk + Selsema + Bengkak Gusi loooo



Blog ni pun dah sama macam tuannya yang dok uhuk uhuk dari minggu lepas, dah baik tang kahak kena tang hidung pulak.. asal bangun tidur grenti bernafas dalam lumpur punya lah...jenuh adjust untuk menghirup udara segar bugar...

sekarang tambah pulak satu lagi penyakit..gusi bengkak..adehh tapi bak kata mia 'mia kat kuat..haruslee maknya pun kena kuat..gigih datang kerja.. 

Photobucket

19 November 2013

Berangan nak rumah cantik


mana nak cari ye meja makan simple macam ni... cadang-cadang nak cari kat perabot terpakai je.. nak cari meja makan yang simple gila sebab nak buat sesuatu kat itu meja.. memandangkan bakal rumah tu kita dah cat kaler purple lembut...memang kena dah tu.. 
takmo meja besar-besar...maklum le bakal rumah tu sekangkang kera jek...
dan tengah gila ini..
http://azieazuren.blogspot.com/2013/06/cermin-malma-ikea.html
nampak cermin kat atas tu.. dalam anjung seri keluaran november keluarkan cerita pasal deko pemilik rumah yang sejuk mata kalau tengok (rumah seperti dibawah ye...)...dia pon ada cermin ikea ni jugak..sebelum ni, majalah apartmen dah keluarkan story rumah ni.. tiap malam dok tidur sambil verangan rumah camtu..kali ni anjung seri keluarkan pulak..famauss kak oiiihh
tengok meja makan dia...cun dan simple..i likeoooo...
Ruang Sarapan
tang bunga tu...tang bunga tu sila fokus..nak kata munga tu tak la sangat kan..daun varangkali hehe..
suka sangat tengok munga bulat camtu... macam comel jek..macam jek..
Photobucket

16 November 2013

Apam beras


Sejak beberapa ni, asik keluarkan resepi je kan... hehehe takpe lah..dari dok peram, baik letak kan sini..mana tahu boleh dijadikan sumber rujukan bila dah tua nanti...bluppp

Baru semalam nak cuba resepi ni, rata-rata resepi kat blog gunakan resepi yang sama kalau buat apam beras. Jadi resepi yang sama lah kita tempek dekat blog ni ye.. Ni seumur hidup baru le pertama kali cuba buat apam.. Selebihnya tahu makan je ngeee...

Memula ingat nak bubuh kat acuan lompang, tapi tak tahu kat mana lokasi lompang tu...terjumpa acuan yang ni.. nampak macam comey..sebab ada love..jadi itu le hasilnya... try le....



Bahan-bahan

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis(mauripan) 
kelapa parut dengan sedikit garam


Cara Membuat Apam

Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )

Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati

Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau sehingga sebati

Perap selama 3 jam

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain

Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam


Pastikan semasa nak peram apam selama 3 jam tu, cari le bekas besar sedikit ye..sebab kalau bubuh dalam loyang boleh merimpah ruah..

11 November 2013

Pizza roti nan


Pizza nan atau ejaannya naan segera yang kita buat ini memang simple sangat. Bukan sahaja orang bujang boleh buat, tambah-tambah ibu-ibu yang bekerja tu kan, lagi nak menjimatkan masa.  Tak payah fikir nak buat doh pizza. bukan kata pemalas ye..tapi lain dari yang lain. Tambah-tambah, pizza ni dah le segera..bertambah segera sebab masak pakai pemanggang ajaib...emm macam segera je..macam segera jek.... okey sesi merapu...




Pizza nan ni idea dari mak kita. Sejak tu, roti nan je lah jadi pilihan kalau nak buat pizza sebab terlampau senang.  Tapi beberapa bulan yang lalu, Chef  5 Rencah 5 Rasa pun ada tunjuk buat pizza guna roti nan nih. Roti ni kita beli je kat Giant, jenama Kawan dan sos speggeti yang kita gunakan tu pun baki dari buat speggeti, dari dibiarkan baik digunakan. Selalu bubuh sos biasa, bubuh sos speggeti rasa dia sedap lagi. Tambah lagi taburan Cheese yang meleleh tu...

Okey jom cuba..





Bahan-bahan

Roti Nan segera jenama kawan
Sekeping Daging Kisar (Jenama Ramly)
Sayur Campur
Cheese Mozella
Cili Bengala 
1 biji Bawang Besar
3 sudu rempah kari
Sos spagetti kimball (jenama apa-apa pun boleh)
garam


Cara Membuat

Tumiskan bawang besar yang telah di potong dadu dan masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan rempah kari.

Masukkan daging kisar dan biarkan masak seketika, masukkan sayur campur, cili benggala dan sedikit garam.

Angkat dan ketepikan.

Kemudian ambil sekeping roti nan segera dan disapukan permukaan roti dengan sos spagetti dan boleh la ditaburkan cheese mozella, bahan yang telah dimasakkan tadi dan dihiasi kembali dengan cheese mozella untuk menyedapkan lagi pizza nan tadi.

senang kan? pejam mata pun boleh buat...selamat mencuba....
Photobucket

10 November 2013

Karipap sardin



Tunaikan permintaan ayah suruh buat karipap, rasanya memang dah lama tak buat karipap sardin.  Selalu karipap daging je, sebab rasa karipap daging tu lagi sedap. Kalau buat sendiri boleh bubuh inti banyak, kalau beli boleh dikira le dagingnye.. Karipap yang kita buat ini tak lah se gah mana, tapi boleh la dirujuk sebagai resepi.. gambar pun gambar cap ayam je sebab guna telefon kamera.  Kamera besar gedabak tu kawan pinjam. 

Cakap pasal kamera teringat zaman dulu, hampir-hampir nak jual kamera DSLR tu, tapi sekarang ishhh rasa bersyukur sangat, sebab gambar dia bila kita cuci memang macam pro le sangat ceh...buat karipap ni, elok le buat inti dulu sebab nak bagi sejuk...

Bahan Inti

3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 tin besar sardin - boleh tukar daging cincang
3 sudu rempah kari
daun kari - tak bubuh, kalau bubuh pon ok
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuat Inti

Tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan dikacau.

Kemudian masukkan ubi kentang dan dibiarkan sebentar.

Masukkan sardin dan perasakan dengan garam.  Tunggu sehingga ubi kentang empuk baru lah ditutup api.

Biarkan sejuk dan ketepikan.



Bahan-Bahan Doh

1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
air sejuk - ikut keperluan untuk menguli doh


Cara Membuat Doh

Masukkan tepung ke dalam bekas, panaskan minyak dan marjerin dalam kuali sehingga marjerin cair.

Tuangkan marjerin dan minyak ke dalam tepung yang telah disediakan.

Kacau dengan menggunakan sudu, kemudian baru digaulkan dengan tangan. Biar sebati marjerin dan tepung.

Campurkan garam ke dalam air untuk menguli tepung, masukkan sedikit demi sedikit air supaya adunan tidak lembik. Gaul adunan sehingga menjadi doh dan tidak melekit dekat tangan.

Kemudian, bahagikan kepada adunan kecil seperti gambar di bawah.


Pastu boleh la canaikan adunan tadi dan dimasukkan inti...

senang je...try lah...




maaf la gambar tak berapa nak cute 

09 November 2013

Kerutuk daging


Resepi ni memang kita dah perap lama dalam simpanan, ni baru nak keluarkan. Kalau simpan dalam buku resepi memang pakat berhabuk dah resepi ni.  Pertama kali merasa kerutuk masa pi ke rumah kawan suami..
kawan tu buat kerutuk itik..itu le first time juga makan itik...emm sedapp

rempah kerutuk ni memang susah nak cari kat pasaran, yang ada kat pasaran tu jenama adabi, tapi kita suka lagi brand nurani ni..beli online.. kalau cari resepi kerutuk ni macam-macam cara..yang ini kita try kerutuk paling simple dan senang..wokey selamat mencuba..
Bahan - bahan :

1/2 kilo daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 kerat gula melaka
50g rempak kerutuk - saya guna jenama nurani 
1/2 asam keping
1 sudu kerisik
3 sekawan (bunga lawang, kayu manis dan biji pelaga)
santan
gula
garam secukupnya - tak tambah banyak sebab rempah tu dah cukup rasa


Cara membuat :

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan halia yang dihiris sehingga kekuningan dan rempah 3 sekawan. Masukkan rempah kerutuk yang sudah dibancuh dengan sedikit air.  Masak lama sehingga rempah tadi betul-betul garing.

Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu.  Masak sehingga daging empuk dan dimasukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping.
Akhir sekali, masukkan sedikit kerisik.

Masak dengan api perlahan dan sesuaikan rasa sebelum di angkat dan dihindang.

Selamat mencuba ye...


ni rempah kerutuk yang kita pakai...


Photobucket

05 November 2013

Mee rebus sedap




Bahan-bahan


Mee kuning, dicelur

1/2 kilo daging
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
1 sudu makan rempah kari daging
4 sudu gula (ikut citarasa)
garam
minyak untuk menumis

Bahan A (dikisar)

7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
segenggam udang kering (ikut citarasa)

Bahan B (dikisar)

5 biji ubi keledek
2 sudu taucu
Air secukupnya untuk blend ubi

Bahan Hiasan

Tauhu di potong nipis-nipis
Daun sup daun bawang
bawang goreng
telur rebus dibelah dua
Cili merah
Tauge (celur)
Limau

Cara-cara untuk buat Kuah

Rebus daging sehingga empuk dan asingkan airnya, ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. 

Kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari dan biarkan sebentar.

Masukkan bahan B, jika pekat tambahkan air daging tadi tapi jangan sampai kuah cair.

Masukkan gula dan garam. biar kuah pekat sedikit dan boleh lah dihidang bersama bahan hiasan.


kita buat mee rebus ni memang sedap..... tips nak buat kuah dia pekat..masa kita nak blend ubi dan taucu tu...air biar penuh blender...bila masukkan dalam periuk cuma tambah sikit je air daging...tak pun tak payah tambah air..sedap wooo..
Photobucket

Dialog mia n acik....


Mia : acik esok bangun awal nak?
acik : nak...nak pergi mana
mia : eon...naik bas..
acik : ??????

adeh la budak nihh....


Photobucket

macam comel je...





aktiviti berbasikal untuk mia hari ni..lama tak bawak budak debab nih main basikal...sekali jumpa geng pulok..kakak-kakak mia ni memang suka tego mia..hehe..so beriadah le sama-sama..

Lepas bawak naik basikal...naik motor pulak...kekonon amik angin segar...baru separuh jalan dak debab ni tidur atas motor..jadi bawak le kita motor dengan sebelah tangan...yele sebelah tangan dok pegang si mia yang dah dibuai bayu nihh..hehe..

Gambar: Mia n kakak..

macam comel je..macam comel je...



Photobucket

04 November 2013

Pulau Tali Kail


Baru-baru ni aku pi ke pulau tali kail..air dia mak aihhh hijau..sejuk je mata nengok..pergi tu memula relapaksa...tapi bila dah sampai haa baru le sukarela ko..

biasa la mak mak bila ada anak ni, bila pergi jauh sikit mula la dok rindu......kami pergi ke perkampungan orang asli kat situ..cantik tempat dia..QI jalan-jalan cari makan pon pernah sampai kat situ..camne aku taw?? sebab tengok buku pelawat..rugi tak tangkap gambo kan.... 



ni air tenjun kat pulau tu...memang tinggi nak naiknye..tapi cantik gila... 2nd day kat sana, kitaorang pergi tempat bunga pakma..tapi adehh penat memanjat je...bunga tak kembang lagi...orang tu kata nak tengok dia kembang datang le lagi seminggu..aihhh tak kuasa den..tengok dia kuncup pon jadi dah..dia duduk kat lereng2 bukit..


ni perjalanan nak ke air terjun...fuhh memang layan perasan..



kat atas tu tempat perkampungan orang asli... tenang je duduk kat sana..tapi tak sure ada tv ke idok..sebab tak skodeng dalam rumah...tapi ada sekolah taw..


key ni mak layan perasan...walaupun rela paksa..tapi aku sukarela jua akhirnya..muahaha
boleh gitu????

03 November 2013

Bila anak cakap perkataan 'aku'...


sila tengok budak emok yang dah 2 tahun 5 bulan nih...berat dah 14 kilo
bila nak angkat..huihhh boleh kurus lengan-lengan nih selama 4 minit hehehe..


stori? pasal bila anak-anak besar ni sebut perkataan 'aku'.. bagi mak ayah ni perkataan tu memang pantang le untuk anak kecil macamni kan.. tapi tu lah kekadang orang yang dengar pon boleh pandang serong kat mak pak bila anak kecik ni cakap aku... tapi ntah le..kartun upin pon cakap aku.. nak buat camne? tapi sebagai mak nih..aku memang akan perbetulkan bila mia dok cakap aku..aku...emmm

pernah tu, ayah dia pok acah-acah mulut mia..bila si emok tu cakap aku.......
yang lawak tu..bila dia nyanyi lagu AKU GILA....
automatik dia tukar kan MIA GILAAA...

aku nak gelak pon tak sampai hati..betul jugak tu..dah mak ayah marah cakap aku...abih lagu dia tukarkan nama dia..adehhhh adehhhh....


02 November 2013

Kelas Kek Velvet n Indulgence


Pergi kelas kek velvet n indulgence..saje nengok camne orang buat kek ngan cara yang betul...kalau tengok resepi indulgence tu boleh mereng jugak..sebab banyak step...tapi bila pergi ke kelas ni baru le nampak...memang nampak remeh tapi bila dia tunjuk satu persatu..macam senang le..tapi senang tengok je le..haha...buatnyee lom try lagik..


kek velvet tu kita memang tak pernah makan..seriusss...
tu yang tergedik-gedik nak pergi kelas kek velvet tu...
cikgu yang mengajar tu kata..nak buat kek rainbow pon guna resepi kek velvet je..tapi tukar kan kaler...



ni kek velvet hasil tangan anak murid..hehe..



siap posing depan kek..konon2 dapat makan kek cepat-cepat..


secara tak sengaja jumpa geng lama kat sini..wahhh jodoh ngan ko nis...

itu saje story kek velvet n indulgence...ciss
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™