10 November 2013

Karipap sardin



Tunaikan permintaan ayah suruh buat karipap, rasanya memang dah lama tak buat karipap sardin.  Selalu karipap daging je, sebab rasa karipap daging tu lagi sedap. Kalau buat sendiri boleh bubuh inti banyak, kalau beli boleh dikira le dagingnye.. Karipap yang kita buat ini tak lah se gah mana, tapi boleh la dirujuk sebagai resepi.. gambar pun gambar cap ayam je sebab guna telefon kamera.  Kamera besar gedabak tu kawan pinjam. 

Cakap pasal kamera teringat zaman dulu, hampir-hampir nak jual kamera DSLR tu, tapi sekarang ishhh rasa bersyukur sangat, sebab gambar dia bila kita cuci memang macam pro le sangat ceh...buat karipap ni, elok le buat inti dulu sebab nak bagi sejuk...

Bahan Inti

3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 tin besar sardin - boleh tukar daging cincang
3 sudu rempah kari
daun kari - tak bubuh, kalau bubuh pon ok
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuat Inti

Tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan dikacau.

Kemudian masukkan ubi kentang dan dibiarkan sebentar.

Masukkan sardin dan perasakan dengan garam.  Tunggu sehingga ubi kentang empuk baru lah ditutup api.

Biarkan sejuk dan ketepikan.



Bahan-Bahan Doh

1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
air sejuk - ikut keperluan untuk menguli doh


Cara Membuat Doh

Masukkan tepung ke dalam bekas, panaskan minyak dan marjerin dalam kuali sehingga marjerin cair.

Tuangkan marjerin dan minyak ke dalam tepung yang telah disediakan.

Kacau dengan menggunakan sudu, kemudian baru digaulkan dengan tangan. Biar sebati marjerin dan tepung.

Campurkan garam ke dalam air untuk menguli tepung, masukkan sedikit demi sedikit air supaya adunan tidak lembik. Gaul adunan sehingga menjadi doh dan tidak melekit dekat tangan.

Kemudian, bahagikan kepada adunan kecil seperti gambar di bawah.


Pastu boleh la canaikan adunan tadi dan dimasukkan inti...

senang je...try lah...




maaf la gambar tak berapa nak cute 

1 comment :

  1. rajinnya nguli... tak pernah buat karipap sendiri... selalu tunjuk kat kedai je... huhuhu

    ReplyDelete

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™