05 November 2013

Mee rebus sedap




Bahan-bahan


Mee kuning, dicelur

1/2 kilo daging
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
1 sudu makan rempah kari daging
4 sudu gula (ikut citarasa)
garam
minyak untuk menumis

Bahan A (dikisar)

7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
segenggam udang kering (ikut citarasa)

Bahan B (dikisar)

5 biji ubi keledek
2 sudu taucu
Air secukupnya untuk blend ubi

Bahan Hiasan

Tauhu di potong nipis-nipis
Daun sup daun bawang
bawang goreng
telur rebus dibelah dua
Cili merah
Tauge (celur)
Limau

Cara-cara untuk buat Kuah

Rebus daging sehingga empuk dan asingkan airnya, ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. 

Kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari dan biarkan sebentar.

Masukkan bahan B, jika pekat tambahkan air daging tadi tapi jangan sampai kuah cair.

Masukkan gula dan garam. biar kuah pekat sedikit dan boleh lah dihidang bersama bahan hiasan.


kita buat mee rebus ni memang sedap..... tips nak buat kuah dia pekat..masa kita nak blend ubi dan taucu tu...air biar penuh blender...bila masukkan dalam periuk cuma tambah sikit je air daging...tak pun tak payah tambah air..sedap wooo..
Photobucket

4 comments :

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™