11 November 2013

Pizza roti nan


Pizza nan atau ejaannya naan segera yang kita buat ini memang simple sangat. Bukan sahaja orang bujang boleh buat, tambah-tambah ibu-ibu yang bekerja tu kan, lagi nak menjimatkan masa.  Tak payah fikir nak buat doh pizza. bukan kata pemalas ye..tapi lain dari yang lain. Tambah-tambah, pizza ni dah le segera..bertambah segera sebab masak pakai pemanggang ajaib...emm macam segera je..macam segera jek.... okey sesi merapu...




Pizza nan ni idea dari mak kita. Sejak tu, roti nan je lah jadi pilihan kalau nak buat pizza sebab terlampau senang.  Tapi beberapa bulan yang lalu, Chef  5 Rencah 5 Rasa pun ada tunjuk buat pizza guna roti nan nih. Roti ni kita beli je kat Giant, jenama Kawan dan sos speggeti yang kita gunakan tu pun baki dari buat speggeti, dari dibiarkan baik digunakan. Selalu bubuh sos biasa, bubuh sos speggeti rasa dia sedap lagi. Tambah lagi taburan Cheese yang meleleh tu...

Okey jom cuba..





Bahan-bahan

Roti Nan segera jenama kawan
Sekeping Daging Kisar (Jenama Ramly)
Sayur Campur
Cheese Mozella
Cili Bengala 
1 biji Bawang Besar
3 sudu rempah kari
Sos spagetti kimball (jenama apa-apa pun boleh)
garam


Cara Membuat

Tumiskan bawang besar yang telah di potong dadu dan masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan rempah kari.

Masukkan daging kisar dan biarkan masak seketika, masukkan sayur campur, cili benggala dan sedikit garam.

Angkat dan ketepikan.

Kemudian ambil sekeping roti nan segera dan disapukan permukaan roti dengan sos spagetti dan boleh la ditaburkan cheese mozella, bahan yang telah dimasakkan tadi dan dihiasi kembali dengan cheese mozella untuk menyedapkan lagi pizza nan tadi.

senang kan? pejam mata pun boleh buat...selamat mencuba....
Photobucket

6 orang bagi coklat :

Nora Karim said...

wah sedapnya nampak.... nanti nak try lah!!

norhidana said...

emmmm sedapnyer... akak yg ada cheese2 nih mmg pantang.. pantang jumpa mmg terliur

MizzTina said...

klu rajin mmg senang..klu mlas *tunjuk diri sendiri* mmg xjadi.. kekeke

Unknown said...

sy amik resepi ye...nak cuba buat la..

Mimie said...

sedapnyeeeee

Masya said...

terbaiklah... mengiurkan..

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™