20 December 2014

cuti cuti ke muzium akhirnya






singgah sini... buat pertama kali mia ke muzium !! besar2 ni mana teruja tengok ..asik ajak keluar je...emm tak senang maknye nak baca artikel...lama gak sebenarnya tak ke muzium...dulu ayah rajin bawak pi muzium...


kena paw beg frozen kat tesco... dulu dah beli tapi putus...
ni beli gak jenis yang sama !!

tahniah harimau malaya...menang tanpa piala... bangga wooo to harimau malaya... orang kata thailand terkuat...tapi kita pon kuat gak sebab kita kan harimau hehe....takpe takde rezeki untuk kita..




Photobucket

19 December 2014

Selfieee !!!!



Gambar penutup tahun 2014


Majlis nikah kak ipar di masjid kementah.. 6 disember 2014 


rata-rata orang dah amik kesempatan bercuti sana sini..aku bercuti di sinun je la..haha..



Photobucket

Selamat tinggal 2014





Lamanyaa tak menjengah.. 2014 bakal berakhir..
moga dipertemukan dengan tahun 2015 yang lebih gojes
azam???? nak menabung kot..malumle selama ni..menabung kat kedai jek...


Photobucket

01 December 2014

Tengok wayang dengan mia




Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke wayang...dah 3 tahun tak pergi loorr...memang rasa mengidam sangat nak pi...kebetulan ada citer BIG HERO 6..harga tiket dewasa RM 12.00, kanak-kanak RM 9.00 ..

Bawak plak si mia yang tak pernah masuk wayang..siap pesan tak boleh jerit2.. aku amik tiket pukul 8.15 malam..elok je bagi tiket..baru perasan..tinggi mia..free je..cepat2 suruh laki aku tanya boleh ke claim balik..dia cakap kalau nak pangku anak baru free... pikir2..biar la mia duduk seat dia..

tapi.... emm nama pon budak kecik..tak nampak le dia skrin wayang tu..terpaksa la pangku..rugi pon rugi lahh..janji mia dapat  tengok...bila wayang dah start..kemain excited...siap cakap besarnya tv !!!

cerita dia memula macam boring..tapi lelama kelakar citer dia..aku yang over..mia time tu lak time tido...dan pulak dia jerit ajak balik..ishh takleh janji betul hahahah..nasib aku pujuk dia..citer nak abihh..dia pon on je laa..

esoknya dia ajak lagi tengok..mak aihhh kopak ibu mia..masuk wayang je dah dekat RM 50 ngan popcorn..ari2 pergi..makan rumput le kita hehe..apa-apapun..hepi sebab dapat menghilangkan ngidam nihh..

time tengok wayang hujan plak tu..pehhh layan

18 November 2014

mia layan ultraman


Sejak menjak ni si mia tak layan frozen macam dulu..
Sekarang dok gila citer spiderman..transformer..ultraman...ryokugen ke apa ntah..eii pening anak aku..tapi aku layan jugak dia tengok ultraman..sebab aku pon suka tengok hahaha..
makcik dia dok berjanji plak nak bawak dia pi PICC tu ada ultraman ribut.. bila tengok iklan ni..memanjang je dok sebut nak pergi..
dalam taip-taip ni teringat pulak whatsapp pasal mekah berasap...Ya Allah takut.. 
Photobucket

10 November 2014

Kurus dengan Kebaikan Asam keping @ Garcinia Cambogia








Memandangkan aku terjebak dengan jualan produk kecantikan dan pelansingan... ada beberapa produk mengandungi GARCINIA CAMBOGIA.. tengok gambar macam kenal.. bila goggle..patut le kenal..asam gelugor @ asam keping rupanya !!

Macam tu baik aku rebus je asam keping haha..bila google..citt aku je ketinggalan..ramai dah orang dok tulis pasai garcinia nih..memang untuk langsing...just rebus air dia..emm gitu...so ni salah satu info yang aku ceduk dari blog.. jom kuruih cara tradisional..omputih pon dok guna asam keping dalam produk kuruihhh.. tak caya tengok nihh..


Asam gelugur yang Nama Botaninya Garcinia Cambogia - juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.
Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping
Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.
Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugor terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.
Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur
Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan.
Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;
1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan3. Mereka yang terlalu gemuk
Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.


Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas :
1. Menyekat seleraPenemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
sumber : http://muamalatmurni.blogspot.com/2014/01/langsing-mudah-dan-murah-dengan-asam.html




Photobucket

06 November 2014

Roti Jala


Acuan dah lama beli tapi jala tak gak buat...sabtu lepas dan buat roti jalan dan kari daging...yummeh...siap buat lagi malam tu sebab ada bola..kawan en somi pon mai..menjala le kita..



Resepi ???
resepi stail kita je le..
Tepung Gandum
1 biji telur
Santan atau susu cair (agak-agak je)
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil minyak masak
Air (agak-agak)
garam secubit
Pewarna kuning
Cara-cara...
Masukkan kesemua adunan kecuali pewarna ke dalam bekas..kacau sebati
masukkan adunan dalam blender...dan letak dalam bekas..
Kemudian bubuh pewarna kuning sikit dan kacau..
adunan jangan cair sangat..jangan pekat sangat..agak-agak je le.. Lepas tu letakkan dalam acuan dan apa lagi..menjala le.. tak yah garing sangat...dan tak payah terbalikkan ye..terlebih rajin namanya tuu hehe
 



ni antara roti jala yang kita buat..hehe..


acuan ni beli kat MR DIY... RM 2.50 je.. rugi tak rembat 2..


gitu le cara kita menjala..emmm yummeyyy..bila nak buat lagi nihhh...

30 October 2014

sepah-sepah





heroin malaya ni banyak akal...kejap sepah kat ruang tamu sekejap sepah kat bilik... part ni, dak mia susun pampers dia dalam balang ni... nak marah rasa lawak pulak..

bila tanya mia nak buat apa tu...nak juallll... tepuk dahi aku..haha

ngidam nak bercuti kat genting...tengah dok usyar blogger yang post cerita genting...



Photobucket

18 October 2014

frozen je..takde lain



Assalammualaikum...salam sabtu... memandang ada kat rumah mak...boleh le hapdet blog sesuka hati ye..  tapi tepek gambar dak mia je la.. duta frozen le katakan...semua serba serbi nak frozen.. umur mia 3 tahun 4 bulan dah pandai cakap macam orang tua.. bila dia tanya..aku just cakap emm.... mesti dia akan cakap..apa emm..emmm...cakap laa.. 

haha terkena aku !! sabar je la dak nih...



wit rania...sepupu sehari 



nampak tak..berangan jadi anna..tapi maknya yang excited nak beli sebab kesian nengok mia..asik anna..anna..anna...


Photobucket

18 September 2014

Resepi Apam Polkadot Lembut





Gambar: lama tak mengapam !!!

Lama dah tak mengapam, sejak si mia pandai mintak beli kuih...apam polkadot ni je la dia asik mintak..tu buatkan, teringat zaman kegemilangan buat apam nihh..emm..

Tapi aku dah jumpa resepi baru, kira ni lembut lama skit la dari dulu.... 

Bahan-Bahan

3 biji telur (dari peti ais)
2 1/2 tepung kek (tepung gandum pon boleh)
1/2 sudu besar ovellate
1 cawan gula
3 sudu besar minyak 
150 ml susu cair (lebihkan sikit je pon boleh) aku lebihkan dalam 160ml
Filling (ikut suka)

Cara buat Stail senang 

Blend 3 biji telur dan gula sampai kembang
Masukkan ovellate dan blend semula
Masukkan tepung kek, blend dan masukkan susu cair secara selang seli dengan tepung..
kalau tak payah adunan nak bergerak nanti...
Tuang adunan dalam beberapa bekas untuk diwarnakan.
Masukkan ke dalam plastik piping.
Picitkan separuh kedalam kertas cawan, sudukan filling dan picitkan adunan berwarna sampai penuh cup. 
Picitkan warna lain untuk dibuat dot dot dot.... siappp..

Dulu aku kemain gojes pakai mixer...rupanya pakai blender lagi senang asalkan jangan plak blender tu ada bau cili..jenuh jadi apam polkadot cili plak..hehe




Photobucket

17 September 2014

Majlis Pertunangan




Cantik plak gambar ni...berkaler-kaler hehe... ni majlis pertunangan adik ipar..emm cantikk !!
Si mia merengek nak bendalah tu laa..doakan kami le..happy engaged le...dia kata kipas..penat cakap tu bukan kipas hehe...


Dak mia sekarang dah 3 tahun..berat 18kg.. sekarang dah tukar susu dutch lady...
sekarang ni asal balik kl je nak pakai inai..hehe

Photobucket

Pengalaman masak telur ikan mayong




Lama menghilang start dari raya haritu.. harini baru rajin nak berblog..  Suka tak makan telur ikan mayong?? ala yang biji besar-besar tu..ni gara-gara kenkawan dok cerita pasai telur tu..terus ngidam..

Sampaikan pakcik jual ikan tu pon tulis no tepon aku kat tiang kedai dia..hehe punya la ngidam nak makan... tapi sampai kesudah pakcik tu tak tepon pon..kecik ati den ..hehe

Tapi nasib le kenkawan baik hati, jumpa telur tu kat pasar dan belikan...balik keje terus masak...festime masak telur ikan mayong.. buat asam pedas..sementara tunggu asam pedas mendidih tu..dah kecur ayaq lioqq... 

Bila dah masukkan telur tu..mak aii..awat asam pedas aku jadi asam pedas santan plak ni..dah rupa kari pon ada.. selidik punya selidik, sebab tak buang karung tu le puncanya... ada yang kata tak payah buang...ada yang kata buang..so, aku ikot le tak buang karung..takot pecah time masak le ceritanya..emm keciwaa weh..

rasa tobat takmo masak dah telur ikan tuu...... 


Photobucket

22 August 2014

Cerita beraya...spain uolll




Ish cam pelik je tak update citer raya tahun ni..hehe..selalu kemain dengan gambar bagai..
raya ni pon tak banyak gambar aku tangkap.. ada pon dekat kamera..kat tepon ada gambar mia je yang banyak..nak kata tak semangat raya..uihhh meriahh ko raya tahun ni..raya kat JDT le katakan...Johor to seremban..abih pusing area sana..memang betoi-betoi raya...

Bila balik sini, nak kemas beg satu hal..penat makan berhari-hari...apa-apa pun raya kat Johor memang syok sebab kat sana meriah.. Ada jugak aku ajak kenkawan makan kat umah.. first time masak takde ketua chef..memang berdebar tapi tibai je lee... dalam tibai-tibai..dan gak buat laksa dan lontong..hehe..menu wajib tu lontong..

sapa tengok cerita SPAIN UOALL !!! kering gusi aku gelak sensorang..hehe

Photobucket

Berkabung #MH17






Rasanya dekat sebulan dah tak update blog ni, hari ni 22 Ogos 2014, Hari Berkabung bagi rakyat malaysia..takziah buat keluarga anak kapal dan penumpang MH 17, masa tengok kat tv tadi rasa sayu je.. moga roh mereka dicucuri rahmat..
Photobucket

24 July 2014

Salam Aidilfitri buat semua geng blogger





Salam Aidilfitri semua buat blogger-blogger yang sudi singgah ke blog mizzmiaizzati yang tak seberapa ni, harap maaf kalau-kalau ada perkataan dalam blog ni ada menyinggung korang-korang ye..maklum le blog ni blog sesedap rasa... hehe.. 

Berhati-hati di jalan raya.. 

Photobucket

18 July 2014

Misterinya aku rasa





Aku tak tahu nak taip macammana cerita aku ni, memang aku terasa mistik dan pelik.. pagi tadi aku bangun untuk siapkan sahur.  Lepastu aku tengok bekas air masak aku tinggal sikit, hati aku terdetik..aihh kenapa sikit pulak air ni.. aku pon nak buang air tu nak basuh bekasnya..lepas basuh letak balik kat tempat asal dia..masa tu la aku terpandang bekas gula aku berisi air.. terkedu aku dibuatnya...mula la aku jadi detective conan... takkan la air tertumpah tadi masuk dalam bekas gula..bekas gula tu tinggi, ada penutup plak tu..gula ada separuh dari bekas tu..air penuh kat dalam bekas tu..

aku abaikan dulu bekas tu, aku hidang plak juadah sahur kat ruang tamu..masa nak kejut en. somi..lagi sekali aku terkedu.. baru pukul 02.30 pagi ko... maknanya aku panaskan lauk tadi pukul berapa? pukul 2? memang masa aku bangun tido tadi aku tak tengok jam, selalu kalau aku bangun mesti aku tengok jam..ni terus je aku masuk dapur..tetiba rasa misteri..terus kejut laki aku...bagi tau pasal bekas gula penuh air dan aku dah siap sahur..aku tanya nak sahur ke nak tido dulu..laki aku cakap..makan je lah..

Masa ni la aku bukak tv, terkejut pulak tengok kapal terbang MH 17, aku hengat MH 370..Ya Allah dugaan ramadhan..sedih tengok keadaan kapal terbang tu..belum lagi habis MH 370.. yang menarik.. kapal MH 17 tu mula operasi 17.07.1997 dan berakhir operasi pada 17.07.2014, tempoh perkhidmatan 17 tahun.. nama kapal terbang MH 17... ni kapten tu yang bagitau.. memang mengejutkan..

18 Julai 2014 @ 20 Ramadhan



Photobucket

17 July 2014

Onde-onde vs Kuih bom




Tak pasti sebelum ni aku pernah beli kuih onde-onde @ buah melaka sebelum ni, sebab memang terkejut beruk gak semalam masa nak beli tu, aku tanya satu plastik ni kira macammana..kata peniaga tu satu plastik RM 1 untuk 3 biji.. 

uihhh terkilan sebab dah le onde-onde nya memang 'comey-comey' tambah kecil molek, dalam ati aku ni sempat le dok berdialog.. ni kalau buat emm berbakul-bakul dapat.. dari beli onde tu baik aku beli kuih bom singgit..dah tentu besar gedabak dan dapat 3 biji... cer korang bayangkan ...

ni bukan isu kedekut.. ni isu fikiran mak-mak..emmm

terima kasih nuffnang singgah lagi bulan ni, rasa tahun ni banyak masuk..sebelum ni asik dengar orang punya nuffnang je.. seronok tengok walaupon tahu level blog ni setakat mana..nuff pon level tu je la.. 


Photobucket

Mood raya aidilfitri





Baru la arini aku dengar lagu raya kat radio, kemain syahdu rasanya..persiapan raya setakat ni ala kadar je..tapi banyak lagi tak settle..balang kuih pon takdak lagi..ish ish ish... yela tahun ni kan beraya di rumah sendiri banyak benda nak kena sediakan..sebelum ni kat rumah mak..semua dah ada depan mata...

Langsir raya? uih memang tak pikir pasai langsir tahun ni memandangkan aku pon baru duduk 3 bulan, kira okey lah langsir tu pon haha.. tema raya tahun ni BIRU.. emm nampak tak..cat rumah kaler biruu..baju raya biruu.. nasib la... 


Photobucket

Edisi kuih raya





Amboi asik tajuk raya je bape hari ni ek..kemain ko.. 
hai bila pulak nak mula buat popia nestum ni..memandangkan rumah takde oven, cari altenatif buat kuih raya atau seangkatan dengannya yang tak payah guna oven..dalam otak aku ni dah nampak

Popia nestum
 Conflake Coklat
Kuih Lidah buaya (macam reti je..tapi tengok resepi macam senang sikit)

emm kuih raya tunjuk-tunjuk gak pilihan kita tahun ni...


Photobucket

16 July 2014

Tahniah LIYANA ZAHIM, rindu awak 200%


Tahniah buat pemilik novel RINDU AWAK 200%, liyana zahim..akhirnya tersiar dah kat TV3 ye.. aku pun suka baca blog liyana zahim ni..memang kelakar le ayat-ayat dia kat blog tu..moga makin meletup-letup le novel tu lepas ni..Rezeki Ramadhan...sapa nak baca blog dia leh le klik link ni wokey.. tapi awat dah lama cik liyana nih tak hapdet blog?? emm windu lawak-lawak...hehe
http://www.liyanazahim.my/
Photobucket

14 July 2014

belangkas masak sambal





Aritu kan dah cerita nak masak belangkas...lepas post stori tu aku google nak siang belangkas..sekali baca dalam blog ada yang kata kalau salah siang boleh bawa maut..emm macam menempah tiket je kan.. 

Tapi husben gigih kol mak sedara dia..mak sedara dia kata mana ada sampai bawa maut..kalau salah siang mungkin mabuk je..lega aku dengar.. dan ni le hasilnya..masa makan pon aku was-was lagi..makan sikit je dulu...tengok tak pening pon..haa tibai le..sedap gila tang telur dan isi dia...emm syukur nikmat Allah bagi..


12 July 2014

menu belangkas





Menu arini nak masak belangkas..ni kira kali ke dua bawak belangkas kat rumah...memandangkan tak pandai nak potong..adeh memang bercinta tapi nak gak makan... orang kata kalau x pandai siang..leh mabuk.. ni dok google cara-cara nak potong belangkas..hehe..

sejak kawen ngan orang johor ni kan...gila tak terjebak..tapi suka makan belangkas ni bukan dari husben tapi dari geng jdt... sejak dengar citer dia..emmm... terus jatuh chenta..

kenapa ye sejak ramadhan ni..adeh aku jadi lalok..asik nak tido je..kurang vitamin gamaknya...


Photobucket

08 July 2014

menu arini?





Salam Ramadhan yang ke 10..
menu apa berbuka puasa arini? hehe kita lebih suka masak sendiri..simple bak kata orang..pi bazar pon cuci mata jela..sebab dah terkena..beli roti john..rasa roti je johnnya takde...yele isi dalam dan telurnya halus je..sakit hati nengoknya..  hehe..sakit sekejap je la..pastu ok jekk..

masa ni blog masak-masak memang masyuk saje la...yele bulan ramadhan ni la jadi bahan rujukan..murah rezeki blogger masakan..emm


Photobucket

25 June 2014

nak TRANSFORMER...




story petang ni, simple je....
ngidam nak tengok TRANSFORMER..
agak-agak ada tak astro nak keluarkan dalam tv hehe..




Photobucket

23 June 2014

Hari Lahir anak yang ke TIGA


Alhamdullilah mia dah genap 3 tahun 22 jun aritu.. cadang-cadang nak panggil orang nak sambut sesama tapi tak kesampaian, memandangkan ari sabtu aku keje..ahad je la ada masa duduk kat rumah...alih-alih kami  3 beranak je la ngadap kek tu...sebenarnya, kek mia masa 1 tahun tu pon kaler sebijik camni haha..aku baru perasan ko... takpe lah..janji namanya kek..

Malam kejadian, ayah mia gigih tiup belon ada la dalam 20 biji.. aku?? memang pakat tak tiup le...aku kan penakot dengan belon..bangun pagi mia pi kat ruang tamu..peh tu dia cakap "waw...banyaknya belon"....


Nampak tak olaf frozen tu??? emm yang tu je dah RM 11.00, saje aku beli kek kosong camtu sebab nak letak olaf tu..memang mia tengah gila dengan frozen..elsa dan anna abis...



acara meniup lilin 3 batang ... tak sangka besar dah dia.. moga kekal le mia sampai hayat aku...insyaAllah..moga dapat tengok dia membesar...bersekolah..berkahwin??? hehe InsyaAllah... moga-moga Allah izinkan.. Hadiah? piano mainan je...emmmm



potong kek..kena pulak cara potong tu.. peace mia..ibu sayang mia..



masa sambut besday yang pertama
Photobucket

18 June 2014

Jimat beras dan jimat elektrik




Sejak pindah rumah ni, memang jimat tapi kekadang sedih sebab masak 1 pot boleh makan 2 hari... somi plak on diet sebab nak berkursus.. mia plak ada le 2-3 sudu nasik je...jadiii???? beli lagi jimat kot haha..sebab tu le sejak akhir-akhir ni beli kuey tiaw kungfu memanjang..sedap woo... 

cakap pasal jimat, aku pernah tengok post pasai jimat elektrik ni... aku rasa cam betoi je...
benda ni memang aku berlatih sejak masuk rumah baru tu.. pertama kalau lepas masuk bilik air, tutup le lampunya dan bila malam dah tutup suis televisyen..aku akan cabut plagnya... camtu le semua yang berkaitan dengan suis ni...bila tak guna..aku cabut... kat rumah aku pakai aircond malam ke subuh.. 

kadang2 siang pon pasang... elektrik aku bulan lepas RM 40 lebih...bulan ni RM 30 lebih je wehhhh... mungkin korang pon leh try gak.. lagi satu...aku ni memang 'ahli bomba' kat rumah..tak kira kat rumah family aku ke..mesti aku buat camtu.. tak tahu le kot-kot family aku dok tensen ada gak anak camni.. macam rumah family aku, diaorang pakai penapis air elektrik..asal nak tidur je aku off le.. tapi 'ada je' yang pasang balik bila aku dah masuk tido...hehe

bukan apa, aku takot dengan litar pintas... kat rumah aku, aku kurangkan pakai penyambung banyak-banyak tu.. dan aku amalkan cabut plag bila tak pakai.. kecuali peti ais le...tu memang tak boleh nak elak...nak kata aku kedekut tak le weh.. buktinya bila malam menjelma je lampu memang sentiasa je on..walaupun tengah tengok tv...aku ni jenis tengok tv tak reti tutup lampu... macam sesetengah orang..suka tengok tv tutup lampu..memang terasa macam tengok wayang..tapi ishh tak retii.. tapi kekadang aku buat jugak kalau cerita tu macam syokkk je...



Photobucket
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™