22 February 2014

Buah melaka "onde-onde|



Balik dari kenduri terus somi suruh buat buah melaka atau orang panggil onde-onde, tapi orang perak panggil buah melaka hihi..sedap sikit lidah ni sebutnya. 

Teringat zaman tok kadok dulu, nak buat ni pon terhegeh-hegeh..biasala orang dulu kata 'budak-budak sekarang'.. mana reti buat kuih sangat weh. Karipap pon dah kawen ni la baru nak try main tepung, dulu dok tolong mak kelim karipap jek.  Sekarang semua main order je ko, tapi kekadang yang main tunjuk2 tu terkena wakenabeb..kekadang inti karipap alahaii sedih makcik..bawang je banyak..isinya kelaut.. 


ada gak gula kabung tergedik bocor dari kulitnya..sila abaikan pandangan korang ye..

Bahan - bahan

2 cawan tepung pulut
10 helai daun pandan, dikisar dgn air, ditapis utk mendapatkan 1/2 mangkuk jus pandan.
(aku tambah sikit pewarna pandan untuk pekatkan warna hijau)
Gula kabung, dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya, digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara-cara:

1. Didihkan air.
2. Gaul tepung pulut dengan jus pandan yang dicampur sedikit pewarna hijau sehingga adunan boleh digentel. Tuang jus sedikit demi sedikit, secukupnya.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkt dan toskan.
5. Salut dengan kelapa parut.
Photobucket

4 comments :

  1. Alamak!. Terliur I tau!.
    Kuih melaka ni mmg my favourite dari dulu , kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  2. waa sedapnya buah melaka kaler hijau...terus ingat nak posa..hihi....feverate ida nie :)

    ReplyDelete

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™