18 July 2014

Misterinya aku rasa





Aku tak tahu nak taip macammana cerita aku ni, memang aku terasa mistik dan pelik.. pagi tadi aku bangun untuk siapkan sahur.  Lepastu aku tengok bekas air masak aku tinggal sikit, hati aku terdetik..aihh kenapa sikit pulak air ni.. aku pon nak buang air tu nak basuh bekasnya..lepas basuh letak balik kat tempat asal dia..masa tu la aku terpandang bekas gula aku berisi air.. terkedu aku dibuatnya...mula la aku jadi detective conan... takkan la air tertumpah tadi masuk dalam bekas gula..bekas gula tu tinggi, ada penutup plak tu..gula ada separuh dari bekas tu..air penuh kat dalam bekas tu..

aku abaikan dulu bekas tu, aku hidang plak juadah sahur kat ruang tamu..masa nak kejut en. somi..lagi sekali aku terkedu.. baru pukul 02.30 pagi ko... maknanya aku panaskan lauk tadi pukul berapa? pukul 2? memang masa aku bangun tido tadi aku tak tengok jam, selalu kalau aku bangun mesti aku tengok jam..ni terus je aku masuk dapur..tetiba rasa misteri..terus kejut laki aku...bagi tau pasal bekas gula penuh air dan aku dah siap sahur..aku tanya nak sahur ke nak tido dulu..laki aku cakap..makan je lah..

Masa ni la aku bukak tv, terkejut pulak tengok kapal terbang MH 17, aku hengat MH 370..Ya Allah dugaan ramadhan..sedih tengok keadaan kapal terbang tu..belum lagi habis MH 370.. yang menarik.. kapal MH 17 tu mula operasi 17.07.1997 dan berakhir operasi pada 17.07.2014, tempoh perkhidmatan 17 tahun.. nama kapal terbang MH 17... ni kapten tu yang bagitau.. memang mengejutkan..

18 Julai 2014 @ 20 Ramadhan



Photobucket

5 orang bagi coklat :

Farah Waheda Wahid said...

uhukss memang misteri dan mistik tu, tengok malam ni atau malam2 seterusnya ada gangguan tak?

norhidana said...

dh dpt selesaikan belum misteri bekas gula tuh dik?
ye sgt mengejutkan psl MH17, itu semua sudah tertulis.... cuma kesal ngn manusia2 kt dunia ni yg ptt bkn digelar manusia tp setan...

Mar Mansor said...

memang misteri nih..

Myra Jay said...

Pelik.. takpun tersalah pandang kot.. sebab koi 2am kan..

Apapun takziah buat mangsa tragedi pesawat MH17

OKje said...

Awak tgh mamai kot Mia tu yg tak perasan apa yg dah jadi...
sahur pukul 2 puas tidur balik tu hehe

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™