10 November 2014

Kurus dengan Kebaikan Asam keping @ Garcinia Cambogia








Memandangkan aku terjebak dengan jualan produk kecantikan dan pelansingan... ada beberapa produk mengandungi GARCINIA CAMBOGIA.. tengok gambar macam kenal.. bila goggle..patut le kenal..asam gelugor @ asam keping rupanya !!

Macam tu baik aku rebus je asam keping haha..bila google..citt aku je ketinggalan..ramai dah orang dok tulis pasai garcinia nih..memang untuk langsing...just rebus air dia..emm gitu...so ni salah satu info yang aku ceduk dari blog.. jom kuruih cara tradisional..omputih pon dok guna asam keping dalam produk kuruihhh.. tak caya tengok nihh..


Asam gelugur yang Nama Botaninya Garcinia Cambogia - juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.
Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping
Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.
Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugor terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.
Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur
Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan.
Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;
1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan3. Mereka yang terlalu gemuk
Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.


Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas :
1. Menyekat seleraPenemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
sumber : http://muamalatmurni.blogspot.com/2014/01/langsing-mudah-dan-murah-dengan-asam.html




Photobucket

6 comments :

  1. selama nih asam keping nih penambah rasa dlm masakan... kene cube jgk nih.... msti msm yg amat2 kan...

    ReplyDelete
  2. Oh... itulah kakak pun tak sangka
    Kita ni dok hari-hari guna tapi tak tahu disebaliknya boleh jadi lebih baik
    Kakak masak-masak banayk guna asam keping ni..

    ReplyDelete
  3. Tapi akak tak boleh pegang buah ni..mesti mabuk..pening2 sampai nak pitam..tak tahu kenapa..kalau asam keping tu boleh la pegang..heheh

    ReplyDelete
  4. Bgmn crnye? Rebus asam keping mcm tu je ke?

    ReplyDelete
  5. Orang cakap buash asam gelugor ni 'tajam' dan sebab tu boleh kurus kot kan :D

    ReplyDelete

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™