30 January 2014

Aman palestin




Sedih baca surat kabar harini pasal palestin, sedih tengok gambar anak kecik tu..ayat yang paling sayu aku baca..ada orang terpaksa bunuh anjing, tapi anjing tu pun takde daging sebab kelaparan...sedih sangat apa yang berlaku dengan palestin.

tak sanggup nak tengok gambar anak-anak palestin dan keadaan orang kat sana kat tenet..bersyukur la malaysia masih aman...kat sana, sampai nak makan kucing..kita pagi-pagi dah boleh makan kat kedai mamak makan sedap-sedap...insaf

Photobucket

28 January 2014

Ganti Puasa




Ganti puasa untuk hari ke tut...banyak sebenarnya tak terganti, tu yang nak mula awal nanti cepat abis. InsyaAllah..

Semalam petang bawak mia ke taman, ni permintaan budak kecik tu..kesian pulak asik perap dalam umah, kali ni bawak le ke taman dah 2 hari berturut-turut ko..bawak sonok, bila ajak balik adeh bercinta..tambah-tambah kalau dapat naik buai..genti takmo balik, selagi taman tu takde orang selagi tu la dia nak main..

Kekadang kena tipu skit budak tu hihi..kata jom pi beli aiskrim..ha baru le nak turun dari buai..saboo jele





Photobucket

27 January 2014

ikan merah sedunia kot




Sebelum ni aku ada post pasal kari kepala ikan, sebab dah ngidam sesangat weh... semalam gigih pi beli ikan kat pasar. Beli seketul kepala ikan merah, tu pun dah RM 25.00.  Sebelum tu ada gak sis ni pon sapu kepala ikan merah gak, nasib aku sempat sapu sekepala..kalau tak ngidam nak makan kepala.

Ada sorang makcik tu sapu sekor ikan merah..terkulat-kulat aku dengar rege RM 60.00 wehhh..dalam ati sempat gak ngata, ni hari ikan merah sedunia nih..ntah-ntah ngidam cam aku gak tengok majalah 3 tu hihihi..



Photobucket

25 January 2014

Petang sabtu



Salam sabtu.. sambil kerja sambil makan putu buluh pandan + milo.. nyamannye tekak hehe..boringnya takde internet kat rumah..rasa macam mati kutu pulak. Zaman sekarang ni, tak boleh takde internet..boring-boring boleh jugak bukak instagram facebook bagai, kalau dah takde tengok tv je le jawabnya..

Tu pun kalau ada cerita best, kalau takde tv tengok aku.....





Photobucket

24 January 2014

Ros, Rose, Mawar???




Cita-cita tak berapa nak besar sangat le.. tetiba nak ikut jejak mak tanam pokok bunga rose, dari dulu memang suka tengok bunga rose.. mentang-mentang le ariana rose tengah glamer ni kan..ha hentam pulak nak tanam rose..sampai pencuci lantai pon aku hentam yang perisa rose jek..ceh perisa ke bedah????  

mak aku cakap, dah dok umah sendiri tu tanam le pandan ke serai ke..senang katanya..tapi anak mak ni berkeras nak tanam rose gak..maklum le dalam hati ada taman kata ko... agak-agak xde daun kari kita buat rose kari ye dak.. ehh orang mesia ni kretip bab-bab makanan..takde hal lah...

bila tengok blog kak nannie yang banyak gila tanam bunga ros lagi la den rasa nak melompat ke bumbung..senang nak skodeng munga ros kak nannie.. rupa-rupanya ros ni banyak jenama ko..emm macam-macam jenis rose ada kat dunia nih..rajin ngan tak rajin je nak teroka..jangan tanam tapi tak jaga..buat perabih tanah jek..hehehehe


ni dari kebun kak nannie..eii gila comey bunga ni..rasa nak tanam dalam bilik..

Photobucket

Guling-guling tak dapat main..




Kalau anak berguling-guling dan mengamuk apa korang buat? memula aku tengok ada budak ni dok mengamuk kat pasar malam, dalam hati cakap gak..tak dapat mainan le kot..

semalam aku pulak terkena wakenabeb dengan mia, kemain dia dok guling-guling sebab tak dapat naik troli kat aeon tu..aiksss kecik beso kecik beso je mata nih hahaha.. menangis sampai tetidur dalam kereta.. sabo je la..

Photobucket

Cuaca sejuk nooo...




Salam Jumaat
Moga diberkati setiap apa yang kita buat untuk harini esok lusa dan sepanjang hayat kita..amin..

Harini Kecoh pasai cuaca sejuk kat negara kita ni kan, dan paling tak best bila kecoh pasal Indonesia turun salji, tak terkata dan tak terbayang macammana la ye..mula la teringat ilmu di dada ni tahap buku lali je kot..  



Photobucket

21 January 2014

Kari kepala ikan wehh (majalah 3)



(dayang jack punya gambar)

Siapa tengok majalah 3 pasal kari kepala ikan??? haa sila lap air liur tuu..meleleh dah tu. sejak aku tengok citer tu semalam, ngidam kalah orang mengandung. Mula la dok google gambar kari kepala ikan, saje kan cari nahas. kalau tak dapat tu mau berguling-guling..

Tambah-tambah tang mata tu..kalau korek tu..eiii sedapnya wehh.. ni majalah 3 punya pasal..kan dah ngidam.. bila nak pi pasar ni beli kepala ikan..kalau malas sangat pi kedai ye dak..



Photobucket

Mood aiskrim dan Hershey shell


Tu la orang dah ke angkasa ko baru kat bumi hihihi..sebenonya teruja tengok aiskrim kawan adik aku, macam tak caya dia buat..walaupun tak le macam baskin robin tapi sebijik dan sejibik macam aiskrim mangkuk yang jual kat kedai tu..

Bila makan..pehh teruja tahap gaban, tak sangka budak tu pandai buat aiskrim..bila goggle kat blog cik epal..macam senang je bahan-bahan dia.. pastu mula la bercita-cita melangit nak buat aiskrim hihihi..dan dok skodeng bendalah ni..Hershey Shell yang selama ni aku dok cari tapi tak tahu apa nama dia..selalu jumpa yang syrup tu..alih-alih jumpa gak nama nye..shell ok..bukan petronas..
petua kawan aku, kalau nak buat tu kena putar lama baru halusss tekstur dia..emm menarik.. 
Photobucket

20 January 2014

Edit Blog


Cer teka..cer teka tang mana ada perubahan?? cehh macam le glamor blog ko ni ye..tapi ada je penerjah blog setia memantau blog ni..maceh yang sudi baca cerita ntah apa-apa kat blog aku ni hihihi...
Dulu kat post ni ada garisan ala-ala buku sekolah kan..sekarang aku da delete, jenuh cari code dia sampai juling mata nih..pastu besarkan font sikit..walaupun takde orang nak baca tapi kesian pada yang sudi membaca..sampai tak kelip-kelip mata sebab font tu kecik sangat....

pastu aku kecikkan sikit kotak ni..sebelum ni kemain luas ruang menaip nih..sampai takde idea cehhh.. pernah dulu masa zaman memula ada blog la, bila tengok orang dapat nuffnang, teringin sampai tahap ngidam nak dapat gak. tapi tu la bukan senang ko.. tengok blog glam2..rajin mengepos ..ko?? suka skodeng je haha..

walaupun blog ni suam-suam je, tapi pernah 2 kali jugak la nuffnang baik hati bagi kat aku, tapi aku rasa yang dia bagi tu semua orang dapat kot.. satu tu memang tak perasan, yang satu tu buat-buat tak perasan ngee... bukan camtu lerr, bersyukur dapat nuff tapi aku tak tahu apa nak buat kan..nak stori apa pun tak tau..kekekeke...kepada kakak-kakak dan adik-adik yang pro sila la bagi tunjuk ajar kalau nuff dah terjah tu apa nak buat????? senget...
Photobucket

Nak kamera


Gila kamera datang lagi..aikshhh ingatkan dah tamat zaman nak beli kamera ni, tapi hati ni dah tergedik-gedik nak kamera biasa tu kak ton.. bila takde kamera DSLR tergedik nak..bila dah ada gedik nak kamera kecik tu.

Alasan? sebab senang nak bawak jenjalan, rindu nak bawak kamera ke mana2 saje..buh dalam beg, kamera tepon ada?? emm tak syok macam kamera kompak tu. serius !!! pastu takkan nak bawak kehulu kehilir kamera besor tu kan..sekarang kata-kata laki aku memang kena pakai sekarang..sebelum beli dia pernah cakap...nak beli kamera DSLR ni utk apa dik non???? hahaha.. tak suka tak semestinya untuk dijual...simpan saje lahh..
Photobucket

19 January 2014

azam 2014 le konon..


Tengok orang post kat blog, rindu pulak kat blog ni...nah delete tak sampai hati, walaupun dah lama tak post apa-apa tapi macam syok je kalau sesekali menaip ye dak?

Tahun 2014 ni target tak nak ambil cuti rehat tapi benda tak dirancang terpaksa gak amik untuk esok sebab pengasuh aku cuti..nak bawak ke opis kesian pulak..kang si mia nak berguling-guling takde tempat pulak..(alasan munasabah hihi)..

Aku nak share percutian aku yang tak le berapa jauh dari tempat aku ni..kat Lost world of tambun je..rasa-rasa dah lama tak terjah kat sana..last masa bercintan cintun dulu.. kali ni bawak anak pulak, cian dak mia tu takot air..memula je..lelama tak ingat nak balik..

best masa pergi zoo dia..pegang burung..ish sayang le tayang gambar kat sini..tapi malas kan nak transfer gambar..teruk oiii...
Photobucket
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™