18 November 2014

mia layan ultraman


Sejak menjak ni si mia tak layan frozen macam dulu..
Sekarang dok gila citer spiderman..transformer..ultraman...ryokugen ke apa ntah..eii pening anak aku..tapi aku layan jugak dia tengok ultraman..sebab aku pon suka tengok hahaha..
makcik dia dok berjanji plak nak bawak dia pi PICC tu ada ultraman ribut.. bila tengok iklan ni..memanjang je dok sebut nak pergi..
dalam taip-taip ni teringat pulak whatsapp pasal mekah berasap...Ya Allah takut.. 
Photobucket

10 November 2014

Kurus dengan Kebaikan Asam keping @ Garcinia Cambogia








Memandangkan aku terjebak dengan jualan produk kecantikan dan pelansingan... ada beberapa produk mengandungi GARCINIA CAMBOGIA.. tengok gambar macam kenal.. bila goggle..patut le kenal..asam gelugor @ asam keping rupanya !!

Macam tu baik aku rebus je asam keping haha..bila google..citt aku je ketinggalan..ramai dah orang dok tulis pasai garcinia nih..memang untuk langsing...just rebus air dia..emm gitu...so ni salah satu info yang aku ceduk dari blog.. jom kuruih cara tradisional..omputih pon dok guna asam keping dalam produk kuruihhh.. tak caya tengok nihh..


Asam gelugur yang Nama Botaninya Garcinia Cambogia - juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.
Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping
Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.
Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugor terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.
Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur
Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan.
Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;
1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan3. Mereka yang terlalu gemuk
Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.


Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas :
1. Menyekat seleraPenemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
sumber : http://muamalatmurni.blogspot.com/2014/01/langsing-mudah-dan-murah-dengan-asam.html




Photobucket

06 November 2014

Roti Jala


Acuan dah lama beli tapi jala tak gak buat...sabtu lepas dan buat roti jalan dan kari daging...yummeh...siap buat lagi malam tu sebab ada bola..kawan en somi pon mai..menjala le kita..



Resepi ???
resepi stail kita je le..
Tepung Gandum
1 biji telur
Santan atau susu cair (agak-agak je)
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil minyak masak
Air (agak-agak)
garam secubit
Pewarna kuning
Cara-cara...
Masukkan kesemua adunan kecuali pewarna ke dalam bekas..kacau sebati
masukkan adunan dalam blender...dan letak dalam bekas..
Kemudian bubuh pewarna kuning sikit dan kacau..
adunan jangan cair sangat..jangan pekat sangat..agak-agak je le.. Lepas tu letakkan dalam acuan dan apa lagi..menjala le.. tak yah garing sangat...dan tak payah terbalikkan ye..terlebih rajin namanya tuu hehe
 



ni antara roti jala yang kita buat..hehe..


acuan ni beli kat MR DIY... RM 2.50 je.. rugi tak rembat 2..


gitu le cara kita menjala..emmm yummeyyy..bila nak buat lagi nihhh...
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™