18 December 2013

Sesi menyihatkan jantung emm...


Gambar: ;)
Sesi menyihatkan kaki petang semalam, lepas baca blog fatin liyana tips kurus terus berkobar-kobar kaki ni haha..bukan hati je kobar ko..kaki pun sama naik.. Ikutkan tips dia , jangan buat Strenuous Exercise kalau tak mampu.  Memang pun aku tak mampu, sebab minggu lepas jogging ngan adik..mak aihh sengal je sebab dah lama tak jonggin dan badan makin berat.. pastu dapat hadiah tapak kaki mengelembung sebab kasut yang tak sesuai gamaknya..ciann kaki aku..
Semalam aku berjalan tapi tak sampai 1 jam pun sebab budak kecik tu pun ikut, bukan jalan ala mak limah tau..jalan laju sikit hehe.....jadi kecian le dak kecik tu..kita berjalan laju dia berlari..mau letih budak tu..lepas ni boleh le ikut betul-betul tips fatin liyana..jap ek aku copy dari fatin liyana.. bila fikir betul jugak, berlari bagai nak rak pehtu lapar bagai raksaksa..hehe..semalam, aku try memang tak penat dan tak berapa lapar le tapi mulut je gatai makan.. 
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang. 

Photobucket

2 comments :

  1. Baguslah amalkan jogging nih..nk nk ngan fmly kan

    ReplyDelete

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™