24 July 2014

Salam Aidilfitri buat semua geng blogger





Salam Aidilfitri semua buat blogger-blogger yang sudi singgah ke blog mizzmiaizzati yang tak seberapa ni, harap maaf kalau-kalau ada perkataan dalam blog ni ada menyinggung korang-korang ye..maklum le blog ni blog sesedap rasa... hehe.. 

Berhati-hati di jalan raya.. 

Photobucket

18 July 2014

Misterinya aku rasa





Aku tak tahu nak taip macammana cerita aku ni, memang aku terasa mistik dan pelik.. pagi tadi aku bangun untuk siapkan sahur.  Lepastu aku tengok bekas air masak aku tinggal sikit, hati aku terdetik..aihh kenapa sikit pulak air ni.. aku pon nak buang air tu nak basuh bekasnya..lepas basuh letak balik kat tempat asal dia..masa tu la aku terpandang bekas gula aku berisi air.. terkedu aku dibuatnya...mula la aku jadi detective conan... takkan la air tertumpah tadi masuk dalam bekas gula..bekas gula tu tinggi, ada penutup plak tu..gula ada separuh dari bekas tu..air penuh kat dalam bekas tu..

aku abaikan dulu bekas tu, aku hidang plak juadah sahur kat ruang tamu..masa nak kejut en. somi..lagi sekali aku terkedu.. baru pukul 02.30 pagi ko... maknanya aku panaskan lauk tadi pukul berapa? pukul 2? memang masa aku bangun tido tadi aku tak tengok jam, selalu kalau aku bangun mesti aku tengok jam..ni terus je aku masuk dapur..tetiba rasa misteri..terus kejut laki aku...bagi tau pasal bekas gula penuh air dan aku dah siap sahur..aku tanya nak sahur ke nak tido dulu..laki aku cakap..makan je lah..

Masa ni la aku bukak tv, terkejut pulak tengok kapal terbang MH 17, aku hengat MH 370..Ya Allah dugaan ramadhan..sedih tengok keadaan kapal terbang tu..belum lagi habis MH 370.. yang menarik.. kapal MH 17 tu mula operasi 17.07.1997 dan berakhir operasi pada 17.07.2014, tempoh perkhidmatan 17 tahun.. nama kapal terbang MH 17... ni kapten tu yang bagitau.. memang mengejutkan..

18 Julai 2014 @ 20 Ramadhan



Photobucket

17 July 2014

Onde-onde vs Kuih bom




Tak pasti sebelum ni aku pernah beli kuih onde-onde @ buah melaka sebelum ni, sebab memang terkejut beruk gak semalam masa nak beli tu, aku tanya satu plastik ni kira macammana..kata peniaga tu satu plastik RM 1 untuk 3 biji.. 

uihhh terkilan sebab dah le onde-onde nya memang 'comey-comey' tambah kecil molek, dalam ati aku ni sempat le dok berdialog.. ni kalau buat emm berbakul-bakul dapat.. dari beli onde tu baik aku beli kuih bom singgit..dah tentu besar gedabak dan dapat 3 biji... cer korang bayangkan ...

ni bukan isu kedekut.. ni isu fikiran mak-mak..emmm

terima kasih nuffnang singgah lagi bulan ni, rasa tahun ni banyak masuk..sebelum ni asik dengar orang punya nuffnang je.. seronok tengok walaupon tahu level blog ni setakat mana..nuff pon level tu je la.. 


Photobucket

Mood raya aidilfitri





Baru la arini aku dengar lagu raya kat radio, kemain syahdu rasanya..persiapan raya setakat ni ala kadar je..tapi banyak lagi tak settle..balang kuih pon takdak lagi..ish ish ish... yela tahun ni kan beraya di rumah sendiri banyak benda nak kena sediakan..sebelum ni kat rumah mak..semua dah ada depan mata...

Langsir raya? uih memang tak pikir pasai langsir tahun ni memandangkan aku pon baru duduk 3 bulan, kira okey lah langsir tu pon haha.. tema raya tahun ni BIRU.. emm nampak tak..cat rumah kaler biruu..baju raya biruu.. nasib la... 


Photobucket

Edisi kuih raya





Amboi asik tajuk raya je bape hari ni ek..kemain ko.. 
hai bila pulak nak mula buat popia nestum ni..memandangkan rumah takde oven, cari altenatif buat kuih raya atau seangkatan dengannya yang tak payah guna oven..dalam otak aku ni dah nampak

Popia nestum
 Conflake Coklat
Kuih Lidah buaya (macam reti je..tapi tengok resepi macam senang sikit)

emm kuih raya tunjuk-tunjuk gak pilihan kita tahun ni...


Photobucket

08 July 2014

menu arini?





Salam Ramadhan yang ke 10..
menu apa berbuka puasa arini? hehe kita lebih suka masak sendiri..simple bak kata orang..pi bazar pon cuci mata jela..sebab dah terkena..beli roti john..rasa roti je johnnya takde...yele isi dalam dan telurnya halus je..sakit hati nengoknya..  hehe..sakit sekejap je la..pastu ok jekk..

masa ni blog masak-masak memang masyuk saje la...yele bulan ramadhan ni la jadi bahan rujukan..murah rezeki blogger masakan..emm


Photobucket
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™