Sedih baca surat kabar harini pasal palestin, sedih tengok gambar anak kecik tu..ayat yang paling sayu aku baca..ada orang terpaksa bunuh anjing, tapi anjing tu pun takde daging sebab kelaparan...sedih sangat apa yang berlaku dengan palestin.
tak sanggup nak tengok gambar anak-anak palestin dan keadaan orang kat sana kat tenet..bersyukur la malaysia masih aman...kat sana, sampai nak makan kucing..kita pagi-pagi dah boleh makan kat kedai mamak makan sedap-sedap...insaf
Ganti puasa untuk hari ke tut...banyak sebenarnya tak terganti, tu yang nak mula awal nanti cepat abis. InsyaAllah..
Semalam petang bawak mia ke taman, ni permintaan budak kecik tu..kesian pulak asik perap dalam umah, kali ni bawak le ke taman dah 2 hari berturut-turut ko..bawak sonok, bila ajak balik adeh bercinta..tambah-tambah kalau dapat naik buai..genti takmo balik, selagi taman tu takde orang selagi tu la dia nak main..
Kekadang kena tipu skit budak tu hihi..kata jom pi beli aiskrim..ha baru le nak turun dari buai..saboo jele
Sebelum ni aku ada post pasal kari kepala ikan, sebab dah ngidam sesangat weh... semalam gigih pi beli ikan kat pasar. Beli seketul kepala ikan merah, tu pun dah RM 25.00. Sebelum tu ada gak sis ni pon sapu kepala ikan merah gak, nasib aku sempat sapu sekepala..kalau tak ngidam nak makan kepala.
Ada sorang makcik tu sapu sekor ikan merah..terkulat-kulat aku dengar rege RM 60.00 wehhh..dalam ati sempat gak ngata, ni hari ikan merah sedunia nih..ntah-ntah ngidam cam aku gak tengok majalah 3 tu hihihi..
Salam sabtu.. sambil kerja sambil makan putu buluh pandan + milo.. nyamannye tekak hehe..boringnya takde internet kat rumah..rasa macam mati kutu pulak. Zaman sekarang ni, tak boleh takde internet..boring-boring boleh jugak bukak instagram facebook bagai, kalau dah takde tengok tv je le jawabnya..
Tu pun kalau ada cerita best, kalau takde tv tengok aku.....
Cer teka..cer teka tang mana ada perubahan?? cehh macam le glamor blog ko ni ye..tapi ada je penerjah blog setia memantau blog ni..maceh yang sudi baca cerita ntah apa-apa kat blog aku ni hihihi...
Dulu kat post ni ada garisan ala-ala buku sekolah kan..sekarang aku da delete, jenuh cari code dia sampai juling mata nih..pastu besarkan font sikit..walaupun takde orang nak baca tapi kesian pada yang sudi membaca..sampai tak kelip-kelip mata sebab font tu kecik sangat....
pastu aku kecikkan sikit kotak ni..sebelum ni kemain luas ruang menaip nih..sampai takde idea cehhh.. pernah dulu masa zaman memula ada blog la, bila tengok orang dapat nuffnang, teringin sampai tahap ngidam nak dapat gak. tapi tu la bukan senang ko.. tengok blog glam2..rajin mengepos ..ko?? suka skodeng je haha..
walaupun blog ni suam-suam je, tapi pernah 2 kali jugak la nuffnang baik hati bagi kat aku, tapi aku rasa yang dia bagi tu semua orang dapat kot.. satu tu memang tak perasan, yang satu tu buat-buat tak perasan ngee... bukan camtu lerr, bersyukur dapat nuff tapi aku tak tahu apa nak buat kan..nak stori apa pun tak tau..kekekeke...kepada kakak-kakak dan adik-adik yang pro sila la bagi tunjuk ajar kalau nuff dah terjah tu apa nak buat????? senget...
Gila kamera datang lagi..aikshhh ingatkan dah tamat zaman nak beli kamera ni, tapi hati ni dah tergedik-gedik nak kamera biasa tu kak ton.. bila takde kamera DSLR tergedik nak..bila dah ada gedik nak kamera kecik tu.
Alasan? sebab senang nak bawak jenjalan, rindu nak bawak kamera ke mana2 saje..buh dalam beg, kamera tepon ada?? emm tak syok macam kamera kompak tu. serius !!! pastu takkan nak bawak kehulu kehilir kamera besor tu kan..sekarang kata-kata laki aku memang kena pakai sekarang..sebelum beli dia pernah cakap...nak beli kamera DSLR ni utk apa dik non???? hahaha.. tak suka tak semestinya untuk dijual...simpan saje lahh..
Tengok orang post kat blog, rindu pulak kat blog ni...nah delete tak sampai hati, walaupun dah lama tak post apa-apa tapi macam syok je kalau sesekali menaip ye dak?
Tahun 2014 ni target tak nak ambil cuti rehat tapi benda tak dirancang terpaksa gak amik untuk esok sebab pengasuh aku cuti..nak bawak ke opis kesian pulak..kang si mia nak berguling-guling takde tempat pulak..(alasan munasabah hihi)..
Aku nak share percutian aku yang tak le berapa jauh dari tempat aku ni..kat Lost world of tambun je..rasa-rasa dah lama tak terjah kat sana..last masa bercintan cintun dulu.. kali ni bawak anak pulak, cian dak mia tu takot air..memula je..lelama tak ingat nak balik..
best masa pergi zoo dia..pegang burung..ish sayang le tayang gambar kat sini..tapi malas kan nak transfer gambar..teruk oiii...
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by :
Milik Ibu Mia's Design
| All Rights Reserved™