Boring tengok anugerah skrin tadi, terbukak pulak tv bape ntah cerita pasal
ELIZABETH THE GOLDEN AGE.... filem ni sambungan dari kisah yang pernah aku tengok dulu pasal ratu elizabeth 1 dulu...
baru la aku tahu cerita asal usul keturunan ratu england tu...tak dapat aku bayangkan zaman-zaman tu camne.. sedih... dan2 aku google pasal ratu england tu... kalau korang ada tertengok dua-dua cerita tu korang tahu le kisahnya...
Elizabeth I (7 September 1533 – 24 Mac 1603) adalah ratu memerintah bagi England danIreland bermula pada 17 November 1558 sehingga kematian beliau. Beliau kadang kala dipanggil dengan nama Ratu Perawan, Gloriana, Oriana, atau Ratu Bess Baik. Elizabeth adalah raja kelima dan terakhir dari dinasti Tudor. Sebagai anak perempuan kepada Henry VIII, beliau dilahirkan sebagai seorang puteri, tetapi ibunya, Anne Boleyn, telah dihukum mati dua setengah tahun selepas kelahiran beliau, dan Elizabeth diistiharkan sebagai anak luar nikah. Abang beliau, Edward VI, mewariskan takhta kepadaLady Jane Grey, memintas kakaknya daripada senarai penggantian. Wasiat beliau diketepikan, dan pada tahun 1558 Elizabeth mengantikan Mary I, yang mana semasa pemerintahan beliau telah dipenjara selama hampir setahun kerana disyaki menyokong para pemberontak Protestant.