04 December 2011

Gambar sebenar burung-burung ANGRY BIRD

Mesti korang tertanya-tanya, wujud ke watak-watak haiwan dalam permainan Angry Bird yang glamer dalam abad ni kan. Tada, ianya memang wujud. Tengok la gambar burung-burung tu. Ni kalau dia tahu la manusia menggunakan watak dia dalam permainan, agaknya dah mintak komisyen nih. hahaha..

Cuma gambar 'oing oing' hijau aja tidak ada dalam gambar di atas sebab disyaki ianya bukan kategori burung hahaha

03 December 2011

Tasya wedding

Abaikan aja la ye kalau korang tengok gambar 2 tone nih. maybe tak abis loading lagi aku da klik klik. lambat le katakan, arini 3hb kawan baik, rakan serumah, rakan seperjuangan di langkap dulu akhirnya kahwin ngeee...sanggup aku tak pergi kelas fotografi arini sebabkan kenduri ni lah. Masa wedding aku dulu, dia la banyak susah payah untuk aku..terharu gitu. Sebelum aku nikah, sampai aku nikah, n sampai aku naik pelamin dia masih dengan aku tau ! terima kasih ye natasah. Jasamu dikenang ! semoga berbahagia selalu.
 Bergambar dengan kak nida, puan ita n mia


Majlis pernikahan tasya, terharu tengok gambar ni..tumpang gumbira !!

Nite Story

Sangat comel anak singa laut ni..huhu kalau aku dapat peluk hewan ni, alahai peluk tak lepas la jawabnya. Kalau dia camni la. Kalau da dewasa takut jugak kan. haii bila la boleh aku pegang haiwan dari kutub utara kutub selatan ni ek

Ambil dari web je. konon-konon nak buat gambar kat atas tu la, tapi tak jadi hehe..

haha ni jangan kata spesis kat atas tu pulak. ni la mia izzati time 'ada rambut'. Habis anak aku dikerjakan oleh makcik n pakcik dia yang senget. tu le tercetusnya gambar ni. time ni mia baru tumbuh rambut upin ipin okey. bila la nak tengok dia rambut panjang camni heee.. dan arini kesian sangat kat mia kecik ni. da le baby lagi, sembelit pulak dah. sah-sah pasal susu. Bulan ni mia minum S26 sepenuhnya. Sebelum ni sulam-sulam dengan enfa okey aja. Maybe susu ni pekat, skop dia pon besar. Harini aku mengurangkan dos susu dan air lebih hee..kesian anak ibu buat muka sebab sembelit huhuhuhu...

Kraken (Sotong Kurita)


Menurut mitologi Norse kurun ke-12, terdapat sejenis makhluk gergasi yang dikenali sebagai KRAKEN (Crab fish) yang habitatnya di dasar laut. ia mempunyai 8 tentakel dan saiznya dikatakan sebesar sebuah pulau yang terapung di atas laut seperti yang digambarkan oleh Erik Ludvigsen dari Norway.
Pada tahun 1802, Malacologist Perancis, Pierre Denys de Monfort telah membuat kajian dan telah mengenal pasti kewujudan sotong kurita gergasi di dalam Histoire Naturelle Generale et Particuliere des Mollusques, sebuah karya mengenai Kraken mempunyai kekuatas luar biasa dan mampu menenggelamkan kapal-kapal besar. Kajian Monfort turun mengisahkan serangan Kraken terhadap sebuah kapal layar dari Saint-Malo di luar perairan Angola.
Di dalam kajian tersebut, Monfort mengatakan terdapat beberapa orang kelasi kapal dan pemburu ikan paus pernah melihat Kraken. Monfort telah membuat satu kenyataan sensasi di mana sepuluh buah kapal perang British telah hilangsecara misteri dalam satu malam pada tahun 1782. Menurutnya kapal-kapal tersebut telah tenggelam akibat diserang oleh sotong gergasi yang sangat besar yang dipercayai makhluk Kraken. Namun pihak British telah menyangkal pendapat Monfort dengan memberitahu kehilangan kapal-kapal tersebut bukan disebabkan serangan Kraken. Sungguhpun begitu, Monfort masih perdaya kewujudan Kraken dan telah membuat catatan dari beberapa sumber yang mempercayai kewujudan Kraken sebagai sotong gergasi.
Selain itu kajian Monfort, terdapat juga beberapa kisah serangan Kraken di antaranya semasa Perang dunia ke 2, sebuah kapal perang telah ditenggelamkan oleh Kraken dan salah seorang askarnya telah menjadi santapan makhluk tersebut. Pada tahun 1930-an pula sebuah lagi kapal, Brunswick kepunyaan Royal Norwegian Navy juga diserang sebanyak tiga kali tetapi mereka dapat melarikan diri dari makhluk tersebut. Ada kajian yang mengatakan Kraken boleh membunuh ikan paus kerana terdapat sesetengah bangkai ikan paus yang terdampar di tepi pantai mempunyai kesan-kesan jerutan tentakel pada badannya. Ada pendapat yang mengaitkan sotong kurita gergasi pada masa kini adalah keturunan Kraken kerana bentuk badanya hampir sama dengan Kraken. Kini tiada lagi laporan mengenai Kraken sama ada ia masih wujud atau sudah pupus.
(sumber dari misteryoffiles)



01 December 2011

Mia di kaki katil

Terkejut ala-ala monkey aku pagi tadi, si mia bucuk tadi tido kemain lasak. aku celik je mata tengok mia takde kat tempat tido dia.  rupa-rupanya dia da berpusing n parking kat kaki katil dah. Terkebil-kebil aja matanya. cian anak ibu ye ! ibu tidur kemain lena, dia leh golek-golek dengan jayanya huhu nasib tak terjun katil lorr, lain kali jangan buat lagi nanti ayah marah ibu hehehe. mia mia..
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™