Showing posts with label haiwan. Show all posts
Showing posts with label haiwan. Show all posts
01 August 2012
kerana belangkas habis lesung batu
17 July 2012
Anak landak part two ^_^
15 July 2012
Camelia ada bonggol
28 June 2012
Anak landak
25 May 2012
Ipin
Ni ipin..kucen jiran aku..memang selalu dia mamam kat umah ni..kitaorang pon tak kesah..
napa panggil ipin? sebab kat umah ni ada kucen upin..masa deme kecik2 dulu..si ipin ni selalu datang melawat kat umah aku..sejak tu le dia dok minum mamam kat umah ni..hahaha.
mak ipin ni memang sejibik cam dia sekarang ni la..tapi da mati kena langgar..cian tau ipin ni main le sorang2 sejak mak dia mati..makan pun kais pagi makan pagi sebab tuan dia tak amik pot ngan dia lagi..nasib ada upin..leh la menumpang kasih..ye dak..
20 April 2012
Atas kura-kura ada kura-kura
Terjumpa gambar lama masa bujang dulu..
ni bukan la hewan peliharaan aku..aku tulun tengok aja..
comey tapi tu la..sekali dia 'yak'..or air tak tukar..tu dia baunyeee memang harum...
Dulu masa kecik-kecik aku pon ada bela spesis gini le..tapi labi-labi..
aku stail bela lepas dalam rumah..korang boleh bayang ke labi2 aku tu selalu menghilangkan diri..2-3 hari hilang tup tup tup..dia muncul..jenuh aku fikir..satu hari aku skodeng..lerrr dia rupanya jadi 'minah spy'..
sebab kebetulan haritu aku masuk toilet..sekali dia ada kat tepi lubang..aku heran mana datangnyee..
pastu 2-3 hari lagi dia hilang..pastu muncul tempat yang sama...
bila dia dah besar..ayah aku lepaskan dia kat parit mana ntah..dah tua gamaknyee dia sekarang..
11 March 2012
Misi menyelamatkan Gajah dan anaknya
10 March 2012
Jangan dicari kucing parsi
Haiwan ketika dalam kandungan dan telur
05 March 2012
Kuda paling kecil di dunia (Bella Contessa)
Hai nama saya BELLA CONTESSA !!
Bella merupakan kuda paling kecil di dunia dengan ketinggian 53.3 cm, berat 25.4kg..
Berusia 6 bulan..ketinggian tidak melebihi sebii labu bersaiz normal..
Yang seronoknya..si bella ni banyak menghabiskan masa bersama 'kawan seperjuangan' iaitu 2 ekor kambing yang namanya tak pulak tertulis haha..maybe sebab tak glamer kot..
Bella juga tidak mengalami masalah kesihatan malah dia adalah seekor kuda yang
PALING COMEL .. muahhh muahh
sewaktu dilahirkan berat bella hanya 4.08kg sahaja..
Ermmm sayang bella....
20 February 2012
Ikan pelik yang masih wujud
Goliath Tigerfish
Mak aihhh..hengat ikan jaws je ada gigi camni..
Frilled Shark
Ikan ni memang ngeri..tengok kepala pun cukup le macam ular tedung..ekor macam duyung..
Blob fish di
Ikan ni paling pelik aku tengok..ada hidung..
Wolf fish
Kenapa ye nama dia Wolf?? ada macam serigala?? ntah la...
Raittails fish
Tu diaa.. macam ikan kering dah aku tengok
Lamprey Fish
Ni spesis ikan lap cermin gak ni..tapi bulat-bulat je..
Banyak betul juga yang aku tak tahu spesis-spesis ikan macamni..semua kuasa Maha Pencipta..tu baru ikan..belum lagi hidupan lain yang pelik-pelik ada kat muka bumi ni..
08 December 2011
Cengkerik paling besar ditemui !!
Seorang pencinta alam sekitar, Mark Moffett, telah menemui spesies serangga terbesar di Pulau LIttle Barrier di New Zealand. Spesis cengkerik yang bersayap selebar tujuh inci itu turut diistiharkan sebagai serangga terbesar di dunia kerana beratnya melebihi 71 gram daripada burung pipit dan saiznya adalah tiga kali ganda daripada tikus.
Terdapat lebih 70 jenis spesis weta yang hanya memakan tumbuhan, serangga kecil dan buah-buahan ditemui di kawasan terpencil di New Zealand. Seekor Weta betina yang sedang bertelur didakwa mampu mencapai berat sehingga lebih 70 gram.
Tak dapat aku bayangkan betapa besarnya cenggerik nih, mau taknya saiz pun dah 3x ganda dari cik ti. Buatnya merayap kat badan aku, trauma 44 hari gamaknya hahaha
(sumber dari blog mylifemyjourney)
04 December 2011
Gambar sebenar burung-burung ANGRY BIRD
Mesti korang tertanya-tanya, wujud ke watak-watak haiwan dalam permainan Angry Bird yang glamer dalam abad ni kan. Tada, ianya memang wujud. Tengok la gambar burung-burung tu. Ni kalau dia tahu la manusia menggunakan watak dia dalam permainan, agaknya dah mintak komisyen nih. hahaha..
Cuma gambar 'oing oing' hijau aja tidak ada dalam gambar di atas sebab disyaki ianya bukan kategori burung hahaha

