30 November 2013
2 Januari la sayang...bonus..bonuss
28 November 2013
Batuk + Selsema + Bengkak Gusi loooo
19 November 2013
Berangan nak rumah cantik
16 November 2013
Apam beras
Sejak beberapa ni, asik keluarkan resepi je kan... hehehe takpe lah..dari dok peram, baik letak kan sini..mana tahu boleh dijadikan sumber rujukan bila dah tua nanti...bluppp
Baru semalam nak cuba resepi ni, rata-rata resepi kat blog gunakan resepi yang sama kalau buat apam beras. Jadi resepi yang sama lah kita tempek dekat blog ni ye.. Ni seumur hidup baru le pertama kali cuba buat apam.. Selebihnya tahu makan je ngeee...
Memula ingat nak bubuh kat acuan lompang, tapi tak tahu kat mana lokasi lompang tu...terjumpa acuan yang ni.. nampak macam comey..sebab ada love..jadi itu le hasilnya... try le....
Bahan-bahan
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis(mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam
Cara Membuat Apam
Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )
Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati
Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati
Perap selama 3 jam
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam
Pastikan semasa nak peram apam selama 3 jam tu, cari le bekas besar sedikit ye..sebab kalau bubuh dalam loyang boleh merimpah ruah..
11 November 2013
Pizza roti nan
Pizza nan atau ejaannya naan segera yang kita buat ini memang simple sangat. Bukan sahaja orang bujang boleh buat, tambah-tambah ibu-ibu yang bekerja tu kan, lagi nak menjimatkan masa. Tak payah fikir nak buat doh pizza. bukan kata pemalas ye..tapi lain dari yang lain. Tambah-tambah, pizza ni dah le segera..bertambah segera sebab masak pakai pemanggang ajaib...emm macam segera je..macam segera jek.... okey sesi merapu...
Pizza nan ni idea dari mak kita. Sejak tu, roti nan je lah jadi pilihan kalau nak buat pizza sebab terlampau senang. Tapi beberapa bulan yang lalu, Chef 5 Rencah 5 Rasa pun ada tunjuk buat pizza guna roti nan nih. Roti ni kita beli je kat Giant, jenama Kawan dan sos speggeti yang kita gunakan tu pun baki dari buat speggeti, dari dibiarkan baik digunakan. Selalu bubuh sos biasa, bubuh sos speggeti rasa dia sedap lagi. Tambah lagi taburan Cheese yang meleleh tu...
Okey jom cuba..
Bahan-bahan
Roti Nan segera jenama kawan
Sekeping Daging Kisar (Jenama Ramly)
Sayur Campur
Cheese Mozella
Cili Bengala
1 biji Bawang Besar
3 sudu rempah kari
Sos spagetti kimball (jenama apa-apa pun boleh)
garam
Cara Membuat
Tumiskan bawang besar yang telah di potong dadu dan masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan rempah kari.
Masukkan daging kisar dan biarkan masak seketika, masukkan sayur campur, cili benggala dan sedikit garam.
Angkat dan ketepikan.
Kemudian ambil sekeping roti nan segera dan disapukan permukaan roti dengan sos spagetti dan boleh la ditaburkan cheese mozella, bahan yang telah dimasakkan tadi dan dihiasi kembali dengan cheese mozella untuk menyedapkan lagi pizza nan tadi.
senang kan? pejam mata pun boleh buat...selamat mencuba....
-001.jpg)

