18 October 2012
takot guruh . . . .
14 October 2012
100 batu
06 October 2012
kuih ketayap
projek lepas subuh...
teringin nak buat kuih ketayap..tak pandai sangat pon ni baru kali ke 2 aku buat...tau makan je aku ni..buatnya tak reti...
< sila abaikan dapur yg kotor tu ye.....> biasala berperang dengan kuali mana leh tak comot ngeee..
ni aku buat dengan laju-laju sebab pukul 10 pagi nak pergi kerja lagi dong...
walaupun dalam hati dok risau badan naik 3kilo..tapi tu lah nafsu makan takleh nak kontrol..adeh la..tak lama lagi raya haji..rendang lemang tu semestinya ada lagi... kalau tak beringat mau badan aku naik 66 balik kot !! ishhh simpang2......
pasal mia...
anak aku tu jenis tak dok diam..bila jumpa kenkawan dia mula la tangan dia cepat je nak ketuk kepala..bila marah pun bukan faham pun...nanti dia buat lagi..aku takot mak2 budak tacing ngan anak aku nihh..cubit pon tak makan saman... yele budak setahun 4 bulan le katakan...
apam pokodot lagi
Atas permintaan kawan aku si MOMY IMAN tu...........................
yang nak aku buat apam pokodot untuk dia.. aku ni nak buat kena ada angin bayu sikit..kalau tak berchenta lerr nak buat melainkan betul2 nekad nak buat hihi...
apa yang aku perasan sejak dulu lagi..aku ni suka sesangat kumpul resepi..tapi buatnya idok ponn...resepi jadi pekasam je.... kalau dah buat yang itu..itu je le aku ulang2 buat..lepas tu lupa resepi hihihi...tu memang takleh nak buat apa penyakit lupa makin teruk sejak bersalin nihh......
balik pada apam tadi..aku suka tengok corak dot2 apam tu besar sikit..nampak le macam telur dinasor..tapi tangan aku ni macam ada acuan plak..asal aku dot dot apam tu mesti saiz dia kecik tu je..sebab tu le dot dot aku tu dot nye saiz S je ....
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk gred A
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
filling (strawberry, blueberry, kaya)
Cara Membuat
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
Letakkan filing secukupnya.
Picitkan lagi adunan sehingga hampir penuh
Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit sehingga masak.


