kek coklat ni aku wat mmg moist, tq le pada empunya resepi nih. walaupon kek aku ni senyum ajek tapi rasa mantap lorr..ecehh puji diri plak dah. tapi mmg benor la ye sbb aku da cuba..walaupun kali ke 2 aku wat agak mengeciwakan sbb rendang aje rupanya heheheh. tapi rasa masihh sama.. cuma aku ni paling anti ngan soda bicabonat tuh, so aku xdak le boh. kui kui kui
Bahan~bahan :)
2 biji telur (gred A)
1 cawan minyak masak (aku guna minyak daisy)
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A :)
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe
Bahan B :)
1 sudu besar baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Toping :)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
cara~cara :)
1. Pukul telur sehingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk topping, masukkan semua bahan kedalam periuk dengan api yang kecil. bila kek dah sejuk, boleh le tuangkan
(note : resepi asal ada buh sodium bicabonate, tp aku x boh le sbb x suka - sumber fendi75 myresepi)
0 orang bagi coklat :
Post a Comment
moga murah rezeki kamu ye..