07 March 2012

Perisik peperangan wanita (Nancy Wake)


Nancy Wake bekas wartawan bebas yang menjalani kehidupan bak kisah dalam buku nukilan Hemingway itu asalnya membesar dalam keluarga miskin sebelum beralih ke dunia sosialait Perancis sehinggalah mengambil keputusan menharungi kehidupan berisiko sebagai perisik peperangan.

Ketika zaman penaklukan tentera nazi, Nancy dianggap wirawati kerana menyelamatkan beratus-ratus tentera dan juruterbangpasukan bersekutu antara 1940 hingga 1943 dengan mengiringi mereka dari Perancis ke Sepanyol.

Malah wanita Kelahiran Wellington, New Zealand ini tidak ketinggalan membantu menubuhkan talian komunikasi antara tentera British dan pasukan Rintangan Perancis pada 1944 yang dianggap penting bagi melemahkan kekuatan Jerman di Perancis. 

Nancy sendiri pernah membunuh seorang pengawal Jerman dengan kedua-dua tangannya dan mengarahkan hukuman bunuh ke atas wanita yang dipercayai menjadi perisik Jerman.  

Skuad militari Jerman pula menggelarnya 'Ia souris blanche' atau tikus putih kerana keupayaannya mengelakkan diri daripada ditangkap. Menerusi filem dokumentari mengenai pengalamannya yang turut diterjemahkan ke buku bertahuk THE WHITE MOUSE terbitan 1985.

(Identiti palsu yang digunakan)

Semuanya bermula ketika Nancy melawat Vienna pada pertengahan 1930 sebagai wartawan bebas. Disana, dia melihat sendiri perilaku tentera Jerman yang memukul lelaki serta wanita di jalanan. Peristiwa itu membuatkannya berjanji apda diri sendiri bahawa jika ada peluang untuk keamanan, pasti ada ara untuknya membantu masyarkat yang tidak bersalah dalam peperangan itu.

Nancy Grace Augusta Wake dilahirkan pada 30 ogos 1912 mempunyai 6 adik beradik. Bapanya juga wartawan, meninggalkan keluarga sejurus memindahkan mereka sekeluarga ke Sydney, Autralia. Pada usia 16 tahun, Nansy pula meninggalkan rumah dan bekerja sementara sebagai jururawat sebelum berhijrah keluar dari Australia ketika berusia 20 tahun. Dia seterunya ke London dan New York hingga akhirnya mengambil keputusan menetap di Paris.

Di sana, Nancy bekerja sebagai wartawan bebas dan menikmati sepenuhnya kehidupan sebagai wanita muda di kota penuh romantis itu. Pada tahun 1936, dia jatuh cinta dengan usahawan Marseilles bernama Henri Fiocca lalu berkahwin dan menetap di Marseilles selama 3 tahun.

Pencerobohan Jerman ke atas Perancis nayta menggugat kekayaan serta kedudukan sosial Nancy sebelum wainta itu bertindak sebagai pelindung dan membantu ahli kumpulan penentang tempatan. Nancy seterunsya memainkan peranan lebih besar selaku pengirim maklumat dan seterusnya mengiring untuk tentera Bersekutu serta pelarian yang cuba meninggalkan negara terbabit.

Pada tahun 1943, apabila pihak berkuasa pendudukan menyedari aktivitinya, Nancy melarikan diri dari Perancis. Suaminya yang masih menetap di Marseilles, kemudiannya ditangkap lalu dihukum bunuh. Tindakan Nancy membawanya ke England lalu diterima menyertai latihan dalam Skuad Operasi Khas British atau SOE iaitu kumpulan risikan yang bekerja dengan Perancis.

Ketika berumur 31 tahun pada April 1944, Nancy mencipta sejarah sebagai salah seorang daripada 39 perisik wanita yang kembali ke Perancis dalam misi payung terjun bagi membantu tentera Bersekutu menewaskan Jerman. Disana, dia mengumpul payung terjun penuh senjata dan bom yang dijatuhkan pada waktu malam lalu disembunyikan dalam stor khas untuk tentera bersekutu, di samping mewujudkan komunikasi tanpa wayar dengan England selain menggangu pihak musuk.

Sejurus tamat peperangan itu, Nancy mula hilang arah kerana tidak pasti apa yang perlu dilakukan selepas itu. Nancy cuba beralih ke bidang pentadbiran dengan bekerja di pejabat kerajaan Britian sebelum kembali ke Australia dengan bekerja di pejabat kerajaan pada awal 1950 an.


Dia seterusnya mengahwini pesara juruterbang, John Forward pada 1957. Forward meninggal dunia di Port Macquarie pada 19 ogos 1997 yang membawa kepada penghijrahan semula Nancy ke London pada 2001. Nancy menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 98 tahun.



- Wanita zaman dulu susah kan??, terpaksa jadi perisik, pegang senjata..sedihh... -



Photobucket

1 orang bagi coklat :

Yana Halim said...

pengetahuan baru nie. thanx sudi share... :)

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™