18 March 2012

Si pisau cukur

 


Baru baliik dari kerja..tengok si kecik n ayah dia sedap dibuai mimpi..
so aku pun bergoblog sat..kat opis tadi aku kusyuk tengok NONA kisah LELAKI PISAU CUKUR..

Dan tetiba aku teringat yang aku pun pernah terkena dek penangan LELAKI PISAU CUKUR ALA-ALA KARAT tu.. aku sokong sangat la dengan statement girl tu yang terkena ngan lelaki macamni..yela dah sayang..mana nampak pisau cukur nye..bila dah tersedar baru la tau..betapa ngok ngek nyee time tu..

Ekceli bukan nak mengaibkan diri..tapi ni untuk stori mori khas untuk wanita-wanita kat luar tu..
Seketika dulu..aku ni memang anti kat lelaki yang suka MINTA-MINTA ni..memang pangkah habis la..
tapi dek kerana mamat ni mengayat aku baik punya ciluk..aku pun terjebak.. memula dia yang labur untuk kita..belanja makan..hari-hari call..lelama jadi terbalik pula..kita call dia..setiap hari dia minta kita top up kan untuk dia..masa tu memang tak fikir langsung dan lupa prinsip aku tu..

Pinjam duit??? pun ada juga..alasan nak guna banyak duit..
So nak dijadikan cerita..Allah tu sayang kat aku ni.. SMS dari pisau karat ni masuk kat inbox aku..aku baca sms tu lain sangat..aku agak dia salah send mesej tapi terhantar kat aku..

Aku apa lagi..siasat la...berdas-das la si pisau karat ni kena..dia bersumpah-sumpah mengatakan kawan dia yang nak hantar mesej tu kat awek dia..pendek kata kawan dia pinjam telefon dia..puihhh..
Sampai seminggu aku mendiamkan diri..aku kontek dia balik..aku nak tuntut duit aku..tapi korang tahu apa dia buat..memang tarak guna ni lelaki..dia sengaja pas-paskan telefon dia kat kenkawan dia..

Kawan-kawan dia apa lagi.. perkenakan aku lor..memang sedih sesangat masa tu..
nasib 6 bulan je aku syok kat dia..terima kasih kat kenkawan aku masa tu yang telah membongkar rahsia pisau karat tu..rupanya dia dah ada isteri..dan isteri dia time tu tengah PREGNANT okeyyy..

Kepada kenkawan blogger..siasat la dulu latarbelakang lelaki yang baru kita nak kenal..bukan nak syak wasangka..tapi memang kena syak juga..zaman sekarang bukan boleh buat main-main..nanti diri yang merana..sekian terima kasih..

Photobucket

0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™