Kena terima hakikat umur dah masuk awal 30-an . . harini berjimba lagi dengan umur 29 tahun.. nak kena potong kek ke? hehe...umur tu bukan ukuran ye dak..yang penting ada peningkatan dalam hidup. Azam? emm memang dah lama tak berazam. Tapi terasa nak jadi lebih baik, berpakaian sopan santun..sekarang pon sopan tapi tak menutup aurat sepenuhnya.. Selamat tahun baru 2014 untuk semua...dah dekat 3 tahun le berblog ye..emm walaupun blog ni cap ayam je, tapi tak kesah le..asalkan ada banyak stori yang berkaitan dengan hidup aku...
31 December 2013
Selamat tahun baru 2014
24 December 2013
Popia Nestum Horlick
23 December 2013
Dialog Mia
Dialog anak dan pak dia.. ayah : Nanti kita makan bubur ayam... Mia : Bubur nak.....ayam takpayah... ayah : ?????
22 December 2013
Macammana korang masak UDANG LIPAN ??
Takde keje kan..tu le orang kata kalau dah mula berblog duit syiling masuk longkang pon boleh jadi cerita, tu zaman tok kadok aku la, masa memula kenal dunia blog. Abis semua nak dicerita, sekarang cerita ala kadar aja buat kenangan dan meluah masa lapang.
Pernah tak makan udang lipan? sebenarnya aku masih tak reti nak masak udang lipan..selalu msak mesti isi dia hilang..ke tak tau nak pilih udang yang okey..hehe tapi nak makan punya pasal..tibai aja..kali ni aku kukus udang tu selalu aku masuk terus dalam kuah, okey juga ada isi cuma mungkin udang ni terkurung dah berapa hari dalam peti ais...tuannya lupa nak masak..

Lepas kukus apa lagi..tumbuk cili looorrr
Rajin ko tumbuk sambil pegang tepon..
okey part 3...edisi mengacau..
Tara...masak sikit je sebab dah tau isi dia ada yang lembik dan sikit je dok dalam kulit dia tu hehe...bedal le...
Tukar cat dinding
Sesi mengecat rumah dah settle, ruang tamu sebelum ni cat warna biru dan hijau, setiap kali masuk rumah tu mesti rasa cam ada tak kena je, rasa nyampah pun ada. Tapi dah cat... Bila dipikir 80 kali, akhirnya aku dan suami amik keputusan nak cat semula ruang tamu, main dia aku guna cat warna Blue Success, kemudian dinding tepi dia aku cat jenama jotun warna biru slow ni...
Baru la sedap mata tengok, sejuk je..kalau tak sakit mata dibuatnya. Tengok le gambar bawah tu, sayang memang la sayang dengan cat lama tu sebab tak sampai berapa bulan dah tukar, tapi mata punya pasal..tukar je lah.. banyak kos untuk cat je, tu belum cat tingkap lagi..cat grill..kalau rumah baru tak le rumit sangat kot..
Sebenarnya banyak benda nak buat dengan rumah ni, orang kata sebelum masuk rumah buat le macam-macam. nanti dah masuk rumah payah.. tapi bajet..bajet... fuhh semua berbajet..jadi aku buat le slow-slow mana termampu dulu..langsir pon tak buat lagi ko....sebab dok pikir langsir camne plokkk..
21 December 2013
Beli kat Zalora
Memandangkan aku kan memang dah jadi best fren padang bola jadi bila bukak laman web Zalora ternampak kasut sukan ni..ternampak tau hehe. Memula tengok pertama teruja dengan warna dia lepastu teruja dengan harga dia yang memang ikut kemampuan dan ukur baju sendiri le.. RM 59.90 tambah caj penghantaran RM 5 . .
Memula macam risau je nak beli takut tertipu ke apa, tapi kebetulan masa aku dah step akhir nak buat pembayaran, sekali terberhenti sebab internet slow kot..lama sangat nak loading. Pastu aku pun isi balik semula, sekali tengok saiz kasut aku nak beli tu dah habis...dalam hati, ntah-ntah ada orang pun tengah usyar kasut ni..memang cuakk.
Bila tengok order, memang ada dalam list..telefon zalora dan dia tolong cancel kan balik dan suruh aku isi semula..pastu baru le lepas..dia kata 3 hari bekerja baru dapat..aku bajet minggu depan dekat krismas le baru dapat..sekali arini order esoknya dah sampai...terus bukak pembalut macam dapat hadiah hari jadi plak haha...taraaa..memang kena saiz yang aku pilih tu, zalora siap sediakan sampul untuk pulangkan balik barang ko dan bagi voucher 10% untuk soping seterusnya...bagus bagus..
dalam hati tak pernah aku buat kerja gila sampai kasut sukan pon beli online..
18 December 2013
Sesi menyihatkan jantung emm...

kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.
15 December 2013
Macam comel je penguin tu..

MACAM COMEL JE..MACAM COMEL JE..
gila tak comel kan..selain penguin..aku tak tahu le kenapa aku suka simpan gambar Istana dulu kala kat komputer..masa tu zaman internet baru nak mengembang..
14 December 2013
Cinta ku di padang
13 December 2013
Tak pasai-pasai kena penampar..

Apa??? ibu kena penampar siam??? ciannn ibu.....hahahahaha
09 December 2013
sayang dia..

Hari Kek sedunia okey...

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah
30 November 2013
2 Januari la sayang...bonus..bonuss
28 November 2013
Batuk + Selsema + Bengkak Gusi loooo
19 November 2013
Berangan nak rumah cantik
16 November 2013
Apam beras
Sejak beberapa ni, asik keluarkan resepi je kan... hehehe takpe lah..dari dok peram, baik letak kan sini..mana tahu boleh dijadikan sumber rujukan bila dah tua nanti...bluppp
Baru semalam nak cuba resepi ni, rata-rata resepi kat blog gunakan resepi yang sama kalau buat apam beras. Jadi resepi yang sama lah kita tempek dekat blog ni ye.. Ni seumur hidup baru le pertama kali cuba buat apam.. Selebihnya tahu makan je ngeee...
Memula ingat nak bubuh kat acuan lompang, tapi tak tahu kat mana lokasi lompang tu...terjumpa acuan yang ni.. nampak macam comey..sebab ada love..jadi itu le hasilnya... try le....
Bahan-bahan
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis(mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam
Cara Membuat Apam
Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )
Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati
Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati
Perap selama 3 jam
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam
Pastikan semasa nak peram apam selama 3 jam tu, cari le bekas besar sedikit ye..sebab kalau bubuh dalam loyang boleh merimpah ruah..
11 November 2013
Pizza roti nan
Pizza nan atau ejaannya naan segera yang kita buat ini memang simple sangat. Bukan sahaja orang bujang boleh buat, tambah-tambah ibu-ibu yang bekerja tu kan, lagi nak menjimatkan masa. Tak payah fikir nak buat doh pizza. bukan kata pemalas ye..tapi lain dari yang lain. Tambah-tambah, pizza ni dah le segera..bertambah segera sebab masak pakai pemanggang ajaib...emm macam segera je..macam segera jek.... okey sesi merapu...
Pizza nan ni idea dari mak kita. Sejak tu, roti nan je lah jadi pilihan kalau nak buat pizza sebab terlampau senang. Tapi beberapa bulan yang lalu, Chef 5 Rencah 5 Rasa pun ada tunjuk buat pizza guna roti nan nih. Roti ni kita beli je kat Giant, jenama Kawan dan sos speggeti yang kita gunakan tu pun baki dari buat speggeti, dari dibiarkan baik digunakan. Selalu bubuh sos biasa, bubuh sos speggeti rasa dia sedap lagi. Tambah lagi taburan Cheese yang meleleh tu...
Okey jom cuba..
Bahan-bahan
Roti Nan segera jenama kawan
Sekeping Daging Kisar (Jenama Ramly)
Sayur Campur
Cheese Mozella
Cili Bengala
1 biji Bawang Besar
3 sudu rempah kari
Sos spagetti kimball (jenama apa-apa pun boleh)
garam
Cara Membuat
Tumiskan bawang besar yang telah di potong dadu dan masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan rempah kari.
Masukkan daging kisar dan biarkan masak seketika, masukkan sayur campur, cili benggala dan sedikit garam.
Angkat dan ketepikan.
Kemudian ambil sekeping roti nan segera dan disapukan permukaan roti dengan sos spagetti dan boleh la ditaburkan cheese mozella, bahan yang telah dimasakkan tadi dan dihiasi kembali dengan cheese mozella untuk menyedapkan lagi pizza nan tadi.
senang kan? pejam mata pun boleh buat...selamat mencuba....
10 November 2013
Karipap sardin
Tunaikan permintaan ayah suruh buat karipap, rasanya memang dah lama tak buat karipap sardin. Selalu karipap daging je, sebab rasa karipap daging tu lagi sedap. Kalau buat sendiri boleh bubuh inti banyak, kalau beli boleh dikira le dagingnye.. Karipap yang kita buat ini tak lah se gah mana, tapi boleh la dirujuk sebagai resepi.. gambar pun gambar cap ayam je sebab guna telefon kamera. Kamera besar gedabak tu kawan pinjam.
Cakap pasal kamera teringat zaman dulu, hampir-hampir nak jual kamera DSLR tu, tapi sekarang ishhh rasa bersyukur sangat, sebab gambar dia bila kita cuci memang macam pro le sangat ceh...buat karipap ni, elok le buat inti dulu sebab nak bagi sejuk...
Bahan Inti
3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 tin besar sardin - boleh tukar daging cincang
3 sudu rempah kari
daun kari - tak bubuh, kalau bubuh pon ok
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat Inti
Tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan dikacau.
Kemudian masukkan ubi kentang dan dibiarkan sebentar.
Masukkan sardin dan perasakan dengan garam. Tunggu sehingga ubi kentang empuk baru lah ditutup api.
Biarkan sejuk dan ketepikan.
Bahan-Bahan Doh
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
air sejuk - ikut keperluan untuk menguli doh
Cara Membuat Doh
Masukkan tepung ke dalam bekas, panaskan minyak dan marjerin dalam kuali sehingga marjerin cair.
Tuangkan marjerin dan minyak ke dalam tepung yang telah disediakan.
Kacau dengan menggunakan sudu, kemudian baru digaulkan dengan tangan. Biar sebati marjerin dan tepung.
Campurkan garam ke dalam air untuk menguli tepung, masukkan sedikit demi sedikit air supaya adunan tidak lembik. Gaul adunan sehingga menjadi doh dan tidak melekit dekat tangan.
Kemudian, bahagikan kepada adunan kecil seperti gambar di bawah.
Pastu boleh la canaikan adunan tadi dan dimasukkan inti...
senang je...try lah...
maaf la gambar tak berapa nak cute
09 November 2013
Kerutuk daging

ni rempah kerutuk yang kita pakai...
05 November 2013
Mee rebus sedap
Bahan-bahan
Mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
1 sudu makan rempah kari daging
4 sudu gula (ikut citarasa)
garam
minyak untuk menumis
Bahan A (dikisar)
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
segenggam udang kering (ikut citarasa)
Bahan B (dikisar)
5 biji ubi keledek
2 sudu taucu
Air secukupnya untuk blend ubi
Bahan Hiasan
Tauhu di potong nipis-nipis
Daun sup daun bawang
bawang goreng
telur rebus dibelah dua
Cili merah
Tauge (celur)
Limau
Cara-cara untuk buat Kuah
Rebus daging sehingga empuk dan asingkan airnya, ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari dan biarkan sebentar.
Masukkan bahan B, jika pekat tambahkan air daging tadi tapi jangan sampai kuah cair.
Masukkan gula dan garam. biar kuah pekat sedikit dan boleh lah dihidang bersama bahan hiasan.
kita buat mee rebus ni memang sedap..... tips nak buat kuah dia pekat..masa kita nak blend ubi dan taucu tu...air biar penuh blender...bila masukkan dalam periuk cuma tambah sikit je air daging...tak pun tak payah tambah air..sedap wooo..
Dialog mia n acik....
macam comel je...


macam comel je..macam comel je...
04 November 2013
Pulau Tali Kail
Baru-baru ni aku pi ke pulau tali kail..air dia mak aihhh hijau..sejuk je mata nengok..pergi tu memula relapaksa...tapi bila dah sampai haa baru le sukarela ko..
biasa la mak mak bila ada anak ni, bila pergi jauh sikit mula la dok rindu......kami pergi ke perkampungan orang asli kat situ..cantik tempat dia..QI jalan-jalan cari makan pon pernah sampai kat situ..camne aku taw?? sebab tengok buku pelawat..rugi tak tangkap gambo kan....
ni air tenjun kat pulau tu...memang tinggi nak naiknye..tapi cantik gila... 2nd day kat sana, kitaorang pergi tempat bunga pakma..tapi adehh penat memanjat je...bunga tak kembang lagi...orang tu kata nak tengok dia kembang datang le lagi seminggu..aihhh tak kuasa den..tengok dia kuncup pon jadi dah..dia duduk kat lereng2 bukit..
ni perjalanan nak ke air terjun...fuhh memang layan perasan..
kat atas tu tempat perkampungan orang asli... tenang je duduk kat sana..tapi tak sure ada tv ke idok..sebab tak skodeng dalam rumah...tapi ada sekolah taw..
key ni mak layan perasan...walaupun rela paksa..tapi aku sukarela jua akhirnya..muahaha
boleh gitu????