30 November 2013
2 Januari la sayang...bonus..bonuss
28 November 2013
Batuk + Selsema + Bengkak Gusi loooo
19 November 2013
Berangan nak rumah cantik
16 November 2013
Apam beras
Sejak beberapa ni, asik keluarkan resepi je kan... hehehe takpe lah..dari dok peram, baik letak kan sini..mana tahu boleh dijadikan sumber rujukan bila dah tua nanti...bluppp
Baru semalam nak cuba resepi ni, rata-rata resepi kat blog gunakan resepi yang sama kalau buat apam beras. Jadi resepi yang sama lah kita tempek dekat blog ni ye.. Ni seumur hidup baru le pertama kali cuba buat apam.. Selebihnya tahu makan je ngeee...
Memula ingat nak bubuh kat acuan lompang, tapi tak tahu kat mana lokasi lompang tu...terjumpa acuan yang ni.. nampak macam comey..sebab ada love..jadi itu le hasilnya... try le....
Bahan-bahan
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis(mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam
Cara Membuat Apam
Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )
Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati
Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati
Perap selama 3 jam
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam
Pastikan semasa nak peram apam selama 3 jam tu, cari le bekas besar sedikit ye..sebab kalau bubuh dalam loyang boleh merimpah ruah..
11 November 2013
Pizza roti nan
Pizza nan atau ejaannya naan segera yang kita buat ini memang simple sangat. Bukan sahaja orang bujang boleh buat, tambah-tambah ibu-ibu yang bekerja tu kan, lagi nak menjimatkan masa. Tak payah fikir nak buat doh pizza. bukan kata pemalas ye..tapi lain dari yang lain. Tambah-tambah, pizza ni dah le segera..bertambah segera sebab masak pakai pemanggang ajaib...emm macam segera je..macam segera jek.... okey sesi merapu...
Pizza nan ni idea dari mak kita. Sejak tu, roti nan je lah jadi pilihan kalau nak buat pizza sebab terlampau senang. Tapi beberapa bulan yang lalu, Chef 5 Rencah 5 Rasa pun ada tunjuk buat pizza guna roti nan nih. Roti ni kita beli je kat Giant, jenama Kawan dan sos speggeti yang kita gunakan tu pun baki dari buat speggeti, dari dibiarkan baik digunakan. Selalu bubuh sos biasa, bubuh sos speggeti rasa dia sedap lagi. Tambah lagi taburan Cheese yang meleleh tu...
Okey jom cuba..
Bahan-bahan
Roti Nan segera jenama kawan
Sekeping Daging Kisar (Jenama Ramly)
Sayur Campur
Cheese Mozella
Cili Bengala
1 biji Bawang Besar
3 sudu rempah kari
Sos spagetti kimball (jenama apa-apa pun boleh)
garam
Cara Membuat
Tumiskan bawang besar yang telah di potong dadu dan masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan rempah kari.
Masukkan daging kisar dan biarkan masak seketika, masukkan sayur campur, cili benggala dan sedikit garam.
Angkat dan ketepikan.
Kemudian ambil sekeping roti nan segera dan disapukan permukaan roti dengan sos spagetti dan boleh la ditaburkan cheese mozella, bahan yang telah dimasakkan tadi dan dihiasi kembali dengan cheese mozella untuk menyedapkan lagi pizza nan tadi.
senang kan? pejam mata pun boleh buat...selamat mencuba....
10 November 2013
Karipap sardin
Tunaikan permintaan ayah suruh buat karipap, rasanya memang dah lama tak buat karipap sardin. Selalu karipap daging je, sebab rasa karipap daging tu lagi sedap. Kalau buat sendiri boleh bubuh inti banyak, kalau beli boleh dikira le dagingnye.. Karipap yang kita buat ini tak lah se gah mana, tapi boleh la dirujuk sebagai resepi.. gambar pun gambar cap ayam je sebab guna telefon kamera. Kamera besar gedabak tu kawan pinjam.
Cakap pasal kamera teringat zaman dulu, hampir-hampir nak jual kamera DSLR tu, tapi sekarang ishhh rasa bersyukur sangat, sebab gambar dia bila kita cuci memang macam pro le sangat ceh...buat karipap ni, elok le buat inti dulu sebab nak bagi sejuk...
Bahan Inti
3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 tin besar sardin - boleh tukar daging cincang
3 sudu rempah kari
daun kari - tak bubuh, kalau bubuh pon ok
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat Inti
Tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan dikacau.
Kemudian masukkan ubi kentang dan dibiarkan sebentar.
Masukkan sardin dan perasakan dengan garam. Tunggu sehingga ubi kentang empuk baru lah ditutup api.
Biarkan sejuk dan ketepikan.
Bahan-Bahan Doh
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
air sejuk - ikut keperluan untuk menguli doh
Cara Membuat Doh
Masukkan tepung ke dalam bekas, panaskan minyak dan marjerin dalam kuali sehingga marjerin cair.
Tuangkan marjerin dan minyak ke dalam tepung yang telah disediakan.
Kacau dengan menggunakan sudu, kemudian baru digaulkan dengan tangan. Biar sebati marjerin dan tepung.
Campurkan garam ke dalam air untuk menguli tepung, masukkan sedikit demi sedikit air supaya adunan tidak lembik. Gaul adunan sehingga menjadi doh dan tidak melekit dekat tangan.
Kemudian, bahagikan kepada adunan kecil seperti gambar di bawah.
Pastu boleh la canaikan adunan tadi dan dimasukkan inti...
senang je...try lah...
maaf la gambar tak berapa nak cute
09 November 2013
Kerutuk daging

ni rempah kerutuk yang kita pakai...
05 November 2013
Mee rebus sedap
Bahan-bahan
Mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
1 sudu makan rempah kari daging
4 sudu gula (ikut citarasa)
garam
minyak untuk menumis
Bahan A (dikisar)
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
segenggam udang kering (ikut citarasa)
Bahan B (dikisar)
5 biji ubi keledek
2 sudu taucu
Air secukupnya untuk blend ubi
Bahan Hiasan
Tauhu di potong nipis-nipis
Daun sup daun bawang
bawang goreng
telur rebus dibelah dua
Cili merah
Tauge (celur)
Limau
Cara-cara untuk buat Kuah
Rebus daging sehingga empuk dan asingkan airnya, ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari dan biarkan sebentar.
Masukkan bahan B, jika pekat tambahkan air daging tadi tapi jangan sampai kuah cair.
Masukkan gula dan garam. biar kuah pekat sedikit dan boleh lah dihidang bersama bahan hiasan.
kita buat mee rebus ni memang sedap..... tips nak buat kuah dia pekat..masa kita nak blend ubi dan taucu tu...air biar penuh blender...bila masukkan dalam periuk cuma tambah sikit je air daging...tak pun tak payah tambah air..sedap wooo..
Dialog mia n acik....
macam comel je...


macam comel je..macam comel je...
04 November 2013
Pulau Tali Kail
Baru-baru ni aku pi ke pulau tali kail..air dia mak aihhh hijau..sejuk je mata nengok..pergi tu memula relapaksa...tapi bila dah sampai haa baru le sukarela ko..
biasa la mak mak bila ada anak ni, bila pergi jauh sikit mula la dok rindu......kami pergi ke perkampungan orang asli kat situ..cantik tempat dia..QI jalan-jalan cari makan pon pernah sampai kat situ..camne aku taw?? sebab tengok buku pelawat..rugi tak tangkap gambo kan....
ni air tenjun kat pulau tu...memang tinggi nak naiknye..tapi cantik gila... 2nd day kat sana, kitaorang pergi tempat bunga pakma..tapi adehh penat memanjat je...bunga tak kembang lagi...orang tu kata nak tengok dia kembang datang le lagi seminggu..aihhh tak kuasa den..tengok dia kuncup pon jadi dah..dia duduk kat lereng2 bukit..
ni perjalanan nak ke air terjun...fuhh memang layan perasan..
kat atas tu tempat perkampungan orang asli... tenang je duduk kat sana..tapi tak sure ada tv ke idok..sebab tak skodeng dalam rumah...tapi ada sekolah taw..
key ni mak layan perasan...walaupun rela paksa..tapi aku sukarela jua akhirnya..muahaha
boleh gitu????
03 November 2013
Bila anak cakap perkataan 'aku'...
sila tengok budak emok yang dah 2 tahun 5 bulan nih...berat dah 14 kilo
bila nak angkat..huihhh boleh kurus lengan-lengan nih selama 4 minit hehehe..
stori? pasal bila anak-anak besar ni sebut perkataan 'aku'.. bagi mak ayah ni perkataan tu memang pantang le untuk anak kecil macamni kan.. tapi tu lah kekadang orang yang dengar pon boleh pandang serong kat mak pak bila anak kecik ni cakap aku... tapi ntah le..kartun upin pon cakap aku.. nak buat camne? tapi sebagai mak nih..aku memang akan perbetulkan bila mia dok cakap aku..aku...emmm
pernah tu, ayah dia pok acah-acah mulut mia..bila si emok tu cakap aku.......
yang lawak tu..bila dia nyanyi lagu AKU GILA....
automatik dia tukar kan MIA GILAAA...
aku nak gelak pon tak sampai hati..betul jugak tu..dah mak ayah marah cakap aku...abih lagu dia tukarkan nama dia..adehhhh adehhhh....
02 November 2013
Kelas Kek Velvet n Indulgence
Pergi kelas kek velvet n indulgence..saje nengok camne orang buat kek ngan cara yang betul...kalau tengok resepi indulgence tu boleh mereng jugak..sebab banyak step...tapi bila pergi ke kelas ni baru le nampak...memang nampak remeh tapi bila dia tunjuk satu persatu..macam senang le..tapi senang tengok je le..haha...buatnyee lom try lagik..
kek velvet tu kita memang tak pernah makan..seriusss...
tu yang tergedik-gedik nak pergi kelas kek velvet tu...
cikgu yang mengajar tu kata..nak buat kek rainbow pon guna resepi kek velvet je..tapi tukar kan kaler...
ni kek velvet hasil tangan anak murid..hehe..
siap posing depan kek..konon2 dapat makan kek cepat-cepat..
secara tak sengaja jumpa geng lama kat sini..wahhh jodoh ngan ko nis...
itu saje story kek velvet n indulgence...ciss