03 December 2011

Kraken (Sotong Kurita)


Menurut mitologi Norse kurun ke-12, terdapat sejenis makhluk gergasi yang dikenali sebagai KRAKEN (Crab fish) yang habitatnya di dasar laut. ia mempunyai 8 tentakel dan saiznya dikatakan sebesar sebuah pulau yang terapung di atas laut seperti yang digambarkan oleh Erik Ludvigsen dari Norway.
Pada tahun 1802, Malacologist Perancis, Pierre Denys de Monfort telah membuat kajian dan telah mengenal pasti kewujudan sotong kurita gergasi di dalam Histoire Naturelle Generale et Particuliere des Mollusques, sebuah karya mengenai Kraken mempunyai kekuatas luar biasa dan mampu menenggelamkan kapal-kapal besar. Kajian Monfort turun mengisahkan serangan Kraken terhadap sebuah kapal layar dari Saint-Malo di luar perairan Angola.
Di dalam kajian tersebut, Monfort mengatakan terdapat beberapa orang kelasi kapal dan pemburu ikan paus pernah melihat Kraken. Monfort telah membuat satu kenyataan sensasi di mana sepuluh buah kapal perang British telah hilangsecara misteri dalam satu malam pada tahun 1782. Menurutnya kapal-kapal tersebut telah tenggelam akibat diserang oleh sotong gergasi yang sangat besar yang dipercayai makhluk Kraken. Namun pihak British telah menyangkal pendapat Monfort dengan memberitahu kehilangan kapal-kapal tersebut bukan disebabkan serangan Kraken. Sungguhpun begitu, Monfort masih perdaya kewujudan Kraken dan telah membuat catatan dari beberapa sumber yang mempercayai kewujudan Kraken sebagai sotong gergasi.
Selain itu kajian Monfort, terdapat juga beberapa kisah serangan Kraken di antaranya semasa Perang dunia ke 2, sebuah kapal perang telah ditenggelamkan oleh Kraken dan salah seorang askarnya telah menjadi santapan makhluk tersebut. Pada tahun 1930-an pula sebuah lagi kapal, Brunswick kepunyaan Royal Norwegian Navy juga diserang sebanyak tiga kali tetapi mereka dapat melarikan diri dari makhluk tersebut. Ada kajian yang mengatakan Kraken boleh membunuh ikan paus kerana terdapat sesetengah bangkai ikan paus yang terdampar di tepi pantai mempunyai kesan-kesan jerutan tentakel pada badannya. Ada pendapat yang mengaitkan sotong kurita gergasi pada masa kini adalah keturunan Kraken kerana bentuk badanya hampir sama dengan Kraken. Kini tiada lagi laporan mengenai Kraken sama ada ia masih wujud atau sudah pupus.
(sumber dari misteryoffiles)



0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™