Mata aku dah macam batu belah batu bertangkup sebab mengantuk sangat, saje layan blog alang-alang buka tenet. Tadi aku update hrmis dengan jayanya. Yahoo, alhamdulllilah dan sebenarnya, aku teringat baby mia aku masa baru lahir dulu. so aku upload gambar dia untuk cuci-cuci mata aku yang sentiasa ada habuk nih. hehe. Masa aku bersalin Mia cayang ni, dia terpaksa keluar ikut tingkap sebab dia dah lebih 5 hari duduk dalam perut. Taknak keluar le katakan. Lepastu air ketuban pun da pecah, tapi jalan tak ada sebab tu le kena keluar ikut tingkap. Tak apa la mia janji kita berdua sihat-sihat aja kan mia !! Tapi kalau terkenang kena belah tu, perhh sampai ngilu-ngilu gigi aku bila teringat.
Gambar ni baru aja ambil, masa ni dah 5 bulan lebih. Berat time ni tak tahu, tunggu le Khamis ni, berdebar rasanya nak bawak mia timbang. huhuhu bulan lepas just 5.4kg.
Mia dan atuk yang selalu melayan mia hehe..
Tada mia dah pandai meniarap, habis satu rumah dia tawaf. besar dah anak ibu !!
Mia masa 1 bulan di hospital kena tahan 3 hari. Tengok le tangan dia, kena cucuk sebab nak masukkan ubat anti biotik
Harap maaf la gambar ni mengalami kesengetan, dah edit tapi nak jugak senget. Tak paham aku hahaha
0 orang bagi coklat :
Post a Comment
moga murah rezeki kamu ye..