05 December 2011

Aku join KRB !!

Coretan terakhir untuk malam ni, mengimbau kenangan pada tahun 2007 hehe..teringat pulak kenangan time tu, terus aku buka 'muka buku' kawan aku yang masih simpan gambar-gambar ni. tq chipmunk, sebenarnya..zaman sekolah rendah time hari merdeka aja, aku le antara orang yang paling kalut bangun awal sebab nak tengok perarakan kat tv. 


Seingat aku la, aku penah cakap..seronok kalau dapat masuk acara ni..dan akhirnya setelah aku bekerja, aku diberi peluang jadi peserta wakil untuk kementerian kewangan waktu tu. Latihan sebulan tau, memang tak ada istilah kerja time tu. latihan..latihan..latihan..7 hari seminggu le katakan. Hari sabtu ahad latihan di bangunan imigresen. 


Mula-mula memang la agak kekok, yela aktiviti menari dan aktiviti mengingat step. rasa nak menangis pun ada. yela setiap lagu rakyat lain step dia. tapi aku enjoy sangat, pada hari sebelum kejadian juri dok pilih, kementerian mana yang akan duduk disebelah penari profesional. Memang banyak jabatan yang join. Alih2 group kami terpilih untuk ditempatkan di sebelah penari aswara dan akan buat persembahan betul-betul depan pentas pada hari merdeka tu nanti. Kami ada juga diturunkan ke kl untuk buat persediaan dan membiasakan diri kat Dataran Merdeka.


 Masa tu, peserta yang dok main pompom berirama tu (tak tau apa namanya) peserta dari kalangan bakal cikgu tak silap aku. cikgu yang mengajar mereka tu, alahai kalau kita tengok kat tv kemain senyum aja. tapi sebenarnya dia seorang yang amat garang. kesian diaorang asyik kena marah lorr..nak tau? sapa lagi pakngah la yang cipta lagu siti nur haliza tu. 30 Ogos 2007, kami semua ditempatkan disebuah hotel di kuala lumpur. Malam tu, sempat la aku berdating dulu ngan sugar daddy hahaha dan pada pukul 4 pagi 31 ogos 2007 kitaorang semua bergerak ke dataran merdeka. tak pernah sunyi kl ni kan. seronoknya time tu..dan pada hari kejadian tu aku sangat la berdebar, yela dengan jet dok lalu buat show pastu nak bawak banting lagi, bawak kipas lagi bawak kepompom lagi hahaha, sampai kat depan stage pehhh punya la teruja sebab aku nampak arroyo, masa tu memang kontrol giler takot tak terbuka kipas untuk persembahan tu heee..

Tadaa ni la suasana reasel kat dataran merdeka 

Geng-geng aku kat tempat keje pon join

Ni la banting yang kami kena arak hehehe..hari kemerdekaan yang ke 50

31 ogos 2007 sebelum subuh jam sekitar 5-6 pagi posing dulu hehe 


Tq fiza ..

Masa ni wat apa ye? hurm lupa sudah..rasanya time reasel nih.

0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™