Tengok gambar onyah, tetiba teringat berat dia. Onyah ni kecik je orang nye. Berat badan susah nak naik, asal nak pi timbang je aku yang berdebar. Yela kang puan misi tu membebel pulak kan. Dah berat dia xnak naik aku nak wat camne kan. Takkan nak bagi makan nugget kot? hehe aku pon nak gak badan anak aku berketul2 macam ahli bina badan wakakaka..tak la sampai camtu. Teruk bunyinya. Tapi xpe la onyah asalkan sihat2 aja anak ibu nih ek. Aku nak update berat badan onyah setiap kali pi klinik..Aku pun runsing sebenarnya, mungkin sebab mia dah tak dapat susu badan. Tapi sepupu dia pun setakat 2minggu je dapat susu badan. Tapi badan mak aiihhh kemain debabnya. Susu pun sama ngan onyah time tu, susu enfa. Sekarang onyah masih minum susu campur2, kat umah pengasuh enfa n kat umah S26. Tapi onyah minum S26 ni berak dia agak keras skit. Tu pun wat aku runsing gak. Tak tau susu apa lagi nak bagi..Nak bagi lain pun, tengok le keadaan ayahnya kalau le bagi tukar heeee. Kadang2 aku sedih gak bila baca blog pasal susu ibu ni. Bukan aku xnak bagi tapi yela prob yang melanda diri aku nihh. Sonok je tengok orang bagi susu ibu..huwaaa sedih sedih..Kesian aku tengok onyah dapat rasa sikit je. InsyaAllah anak ke 2 aku akan usahakan. (semangat waja nih, tapi tunggu kontrak 2thn ek bak kata doc tu la) sebab perut ku dibelah !!
22 Jun 2011 - 2.9kg
25 Jul 2011 - 3.8kg (1bulan)
24 Ogo 2011 - 4kg (2bulan) Part ni wat aku terkejut beruk. 200g je naik !!
19 Sep 2011 - 4.55kg (3bulan)
18 Okt 2011 - 4.7kg (4bulan)
16 Nov 2011 - 5.4kg (5bulan) Masa ni dah tukar susu S26
15 Dis 2011 - 5.7kg (6bulan)
16 Feb 2012 - ??
0 orang bagi coklat :
Post a Comment
moga murah rezeki kamu ye..