19 May 2012

Pergi Hospital lagi..


Onyah time nih tengah tidur.. sementara tu boleh la aku godek2 komputer ni, malam tadi dia muntah macam air terjun..habis baju, risau pulak aku..kelmarin baru keluar wad..memandangkan cirit dia ada lagi tambah pulak dia muntah aku time off petang semalam.. 

pergi klinik biasa dulu tanya doktor..dia pun kata cirit macam ni memang takde ubat..just tengok keadaan dia kalau lemah terus ke hospital..so, aku tanya kalau duk rumah pun takpe ke..dia kata terpulang..tengok dia aktif boleh duduk rumah...tapi bila tengok dia lemah terus pergi hospital..

Malam tu juga aku tak sedap hati..bawak onyah pegi hospital juga..doktor kat situ pun terkejut..dia kata baru keluar.. aku kata aku risau sangat sebab cirit dia dah 4x..muntah dah 5x..doktor kata memang ibu2 memang akan risau...dia kata onyah aktif..so tak perlu bimbang..just tengok kalau KEPALA BERLEKUK, MATA CENGKUNG, TAK AKTIF, CIRIT AIR.. cepat2 pergi hospital..

Air garam yang doktor bekalkan tu pun tak banyak habis..minum sikit pun dah muntah..risau sangat2..kalau setakat demam aku gagah lagi..ni tahap cirit.. makan pun ala kadar je budak tu...
Photobucket

0 orang bagi coklat :

Post a Comment

moga murah rezeki kamu ye..

© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™