27 February 2012

Kanak-kanak sudan


Apa perasaan korang tengok gambar kanak-kanak sudan ni?

Gambar ni dirakamkan oleh Kevin Carter dimana
gambar ni telah memenangi Hadiah Pulitzer
(Hadiah gambar terbaik dunia bagi kategori kewartawanan)

Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Sudan sedang mencari makanan kerana Sudan ketika itu sedang dilanda kebuluran yang sangat teruk. Di belakangnya terdapat seekor burung hering sedang menunggu untuk meratah budak perempuan tersebut sekiranya dia mati. Walaubagaimana pun tidak dapat dipastikan nasib budak tersebut selepas gambarnya dirakam.

Kevin Carter merupakan seorang wartawan Afrika Selatan. Apa yang menyayat hati ialah beliau telah membunuh diri 2 bulan selepas dianugerahkan hadiah Pulitzer tersebut. Mengikut Judith Matloff, rakan lama beliau, kevin sering dilihat dibawah pokok sambil menghisap rokok bersambung-sambung dan sering menangis selepas beliau memenangi anugerah gambar tersebut.

Dalam notanya Kevin mencatatkan yang beliau tidak dapat melupakan peristiwa yang sentiasa menghantuinya. Pembunuhan, kemarahan, kesakitan, kelaparan, kanak-kanak yang cedera dan tembakan membabi buta semasa berada di sana.

Itulah secebis kisah daripada peristiwa-peristiwa yang menyayat hati yang berlaku pada setiap detik di seluruh dunia. Maka jika anda merasakan andalah orang yang paling susah di dunia ini sebenarnya masih ramai lagi yang jauh lebih susah dari anda. 
(kredit to blog fikir2renung2)

Photobucket

Papa Pizzeria


Dah lama tak main game ni..
masa mengandung dulu..ni la GAME kegilaan akuu..
hahahaha..

Jangan Onyah asyik main game bila dah besar nanti sudah !!
Tapi memang besh giler..tapi agak tensen bila 'customer' dah ramai 
heeee....


Photobucket

Mengadulah pada ALLAH



Terkesima kejap....
kerana aku tergolong dari kalangan 
KAKI FACE BOOK
KAKI BLOGGER

Moga-moga kedua-dua benda ni tak menjadikan aku manusia yang lalai
..amin..

Photobucket

26 February 2012

Ahad Story


Tak tahu nak cerita apa harini..
tapi harini memang hari yang buat aku sakit kepala...tak tau kenapa..
Maybe sebab kepala sudah goyang hahaha..
kerana ini..
nasib aku tak jadi dugong terdampar je wakaka..

sibok benor la tu..
Photobucket

Onyah + 1st kasut


Kasut pertama untuk Onyah

Kusyuk betul pakaikan kasut onyah..

haha macam amoi jual sayur tak??? tu seluar kuning tu tak termasuk pakej seluar baru..
Kes malas nak bukak seluar onyah kannnn..

Excited ayahnye pilih baju tadi..
konon-konon nak belikan onyah kasut..tapi gila tengok blous baby plak..

Photobucket

Bersalin bedah


Ayoo..agak-agak korang ni gambar apa?
Ekceli ni la gambar luka perut yang bersalin secara pembedahan
tapi guna STAPLERS..sekarang tak guna cara ni dah..

Nasib zaman aku tak guna bendalah ni...kalau idak..
buruk benar perut aku..
Sampai sekarang aku takut sebenarnya bila teringat pasal operate ni..

Masa dalam bilik bedah dulu..
aku macam orang kena pakinson..mengetar lain macam..
doktor bagi selimut panas pun still tak boleh hilang..
sepanjang kena bedah..mengigil kemain..
bukan sebab takot..tapi sebab sejuk tahap gaban..

Mungkin ramai yang tak tahu pasal bengkong khas untuk pembedahan..
Teringat kawan aku dok pesan sebelum aku bersalin..
Kita kena bersedia kalau2 kena bedah masa nak bersalin..
Macam2 tau-tau je aku calon bedah haha..

Masa nak beli bengkung ni kemain konflik..
tak tahu nak beli saiz apa..ukuran lilit perut aku time tu 107cm
besar tu wehh..bengkak le katakan..
so, aku order le kat bengkong ni saiz L..
kak yang jual bengkung ni brain wash aku..dia cakap..kalau amik saiz L..macammana nak kecik pewot tu..hehe

Dalam pale otak aku ni pikir takot je..
akak tu post saiz S kat aku.. memula tensen..camne ni tak leh pakai..akak tu suh tarik sampai boleh lekat..
rasa nak nangis aku..nak pakai bengkung tapi takot..alih2...aku berkeras gak nak tukar saiz..akhirnya aku amik saiz M.. tapi tak pakai pun..dah sebulan camtu baru la aku pakai..

Memang cover pewot kita..
bila berjalan kan kena pegang perut..so pakai bengkung ni..tak lah risau perut dok goyang-goyang inul..
Sekarang bengkung saiz M tu dah terlalu panjang...perut dah tak bengkak..cuma boboyot takleh blah je yang tinggal heee...

Photobucket

25 February 2012

Kek Coklat kukus Munira


Akhirnya dapat juga buat kek coklat versi MUNIRA..
Tekad pagi-pagi lepas buat NASI AYAM..terus tangan aku jadi ala-ala sotong..
Resepi ni aku survey kat beberapa blog.. konon2 nak buat yang TERBAIK n SENANG

Mula-mula musykil juga, awat tepung sikit sangat..aku hengat 
empunya resepi silap taip..
rupanya memang guna 3/4 cawan je..

Aku buat 2 cara..
KUKUS and BAKAR
sajer buat eksperimen..tapi 30minit pertama tu aku rasa keciwa sebab tengok kek yang dibakar tu 
macam tak naik pun..macam tu je..bila dah 1 jam bakar baru la nampak..kek ni memang gitu..tak naik, just kembung ke atas je... Tak tau la kalau yang pernah buat naik penuh bekas..hahaha
aku bakar 1 jam 15 minit..baru betul2 masak..

sementara tunggu bakar nak siap, aku kukus pula adunan yang lebihnya..
SELAMA 1 JAM..
Gambar kat atas tu kek versi KUKUS

Yang ni VERSI BAKAR..
Tapi bagi aku..yang kukus lagi sedap..dan lagi moist..
bakar rasa kering sket... semua blog yang aku join semua kata kek ni 5 bintang..

Bagi aku memang 5 bintang juga..memang kek paling sedap..terasa koko dia..
hitam metalik gituu..



Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir - (letak 3/4 cawan je)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - (guna susu coklat)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak - (guna butter)
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - (resepi asal tak letak)
Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat - (tak letak pun)
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :

  • 4 biji telur - diblender (tak blander just pukul dengan pemukul telur je)


Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu  kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.  
(Bahan rujukan dari BLOG DUNIAKU..macehh)


Photobucket

Ustaz Don Daniyal

Ustaz Don..
Memula aku nengok unik betul nama ustaz ni..
Tengok video dia agak menyentuh kalbu juga la..
So tekad cari gak video ni nak tepek dalam blog aku..



Photobucket

Kenapa 'kakak' ?


(Gambar kat atas tu perhiasan semata-mata..takde kena mengena dengan cerita..)

Kenapa aku suka panggil gelaran KAKAK kat orang yang aku belum kenal sepenuhnya? 

1.  Mesra alam le konon..
2.  Tak tahu umur..main bedal je..
3.  Perasan muda..
4. Muka 'kakak' nampak mature...hahaha

Tu la salah sebab aku suka panggil orang yang aku baru kenal dengan geralan KAKAK..
 bila dah tahu biodata KAKAK tu baru la tahu..
sebaya rupanya tak pun, muda rupanya..
selalunya memang camtu lahh..dah ramai yang terkena dengan aku ni..
bila ada yang imbas2 balik..deme pun pelik napa aku panggil deme kakak..hahaha
sebab aku memang spesis perasan MUDA MUDI..

Ada yang best tu..sampai sekarang aku panggil 
kawan aku ni KAKAK.. dia pun iyekan aja walaupun kami sebaya

Photobucket

Layan BLOG SUKESUKEMASAK


Baru lepas baca blog...
http://sukesukemasak.blogspot.com

Rupanya ada KISAH DISEBALIK MEMASAK.. 
selama ni aku tak explore abis blog akak ni..aku just tengok resepi je...
Touch screen aku baca kisah kakak ni pasal arwah suami dia yang dah pergi awal tahun lepas..

Tetiba teringatkan en.sugar yang tengah kerja malam ni..
buat apa la gamaknye ek.. 

Pagi tadi pon ada kesah arwah adik faiz kat tv3..
my Bedah menangis baca blog mazidul pasal arwah..aku pon sedihh..tapi tahan je..
Yela sejak ada anak ni..semua berkaitan dengan budak2 ni sensitif banyak..
Nak gak post kesah arwah..tapi aku tak sampai hati...sedihhh

Photobucket

24 February 2012

Buruk baik bila berblog



Dengan rasminya..aku telah menendang keluar GADGET FIBOX yang bertapa kat blog aku ni..
Ni gara-gara manusia meroyan telah menyemakkan mood blogger2..Napa nak amik kesah?? haruslah aku kesah sebab aku pon ONLINE time tu...

Ekceli berblog ni seronok..tak kira usia kan..macam2 manusia + ragam + stori mori n bla bla kita boleh tengok.. BLOG aku ni jangan kira la..memang 'asal boleh' punya cerita hahaha
Tujuan asal just nak UPDATE stori onyah je..tapi selalunya memang menyimpang punya lahh...

BerBLOG ni bukan perkara baru kat aku lorr..
Masa zaman FRIENDSTER lagi aku dah berblog..tapi blog friendster lah..TAPI BLOG TU DAH TERHAPUS sebab friendster sekarang dah jadi pusat permainan heee..
Kalau tak boleh jugak la gelak sensorang sambil baca kesah lama ye dak?? 

Blog ni ada kebaikan n keburukan..yang buruk tu menakutkan aku..mintah jauhkan la ek..tak pasal2 ditimpa pokok kemudia hari heee....
kebaikan?? ...leh simpan stori mori yang PATUT..lalala

Photobucket

Onyah dapat COP MOHOR


Onyah sudah tidur..
Ibu apa lagi berGOBLOG sakan la..tambah-tambah en. sugar pun takde harini..Duty lor..
Maklum le pelaut tegar le katakan..Dalam sebulan ada lah 4x tak tidur kat rumah..

Sedih..tapi nak buat cammane..perkhidmatan en. sugar diperlukan ye dak..
Onyah harini dapat COP MOHOR baru kat bibir dia..ada sedikit lebam..mana dapat ntah..
aku rasa sah2 terantuk kat mana2 la ni..kat pipi dia saje, dah ada 3 cakaran harimau..
Macam-macam.. 

Baru 4 hari..

1 bulan

2 bulan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan


8 bulan



Photobucket

Nak buat ke taknak??


Nak buat ke tak nak nihh??? Tapi hati ni da meronta-ronta tak tahan tengok KEK COKLAT...
Tapi aku kompius ni nak buat kek coklat versi ZAIMA ke versi MUNIRA...ada sorang blogger ni kata versi MUNIRAH tip top 5 bintang..perhh ayat tu buat aku terliuq..liuq..

Jaga kau kedai kek..kejap lagi aku pi serbu ek...
kali ni nak try serbuk koko van haunten..tudor dah jemu !!

Photobucket

Berjaya buat BORDER


Percubaan membuat Border ni..hehe terima kasih KAK UMI



Photobucket

Majlis Pernikahan Yusry dan Lisa Suriani

Yusry dan lisa nikah hari ni wehh..Terlepas pulak nak tengok live kat tv tadi..TV ye bukan depan mata..sapa la kita ni ek..Apa-apa pon aku suka tengok gambar2 lisa ni..sweet nyee
Hantaran?? eii sibuk je nak tau.. 9 dulung balas 7 dulang okey..tema WINTER GARDEN..
Sekali lafaz je dah jadi somi isteri..moga en.yusry berbahagia dengan jodohnya..amin..
Kemain segakk berbaju putih..tapi kalau takde misai tu lagi segak gamaknye..
Majlis ni kat Hotel Marriot Putrajaya

Lisa berdebar barangkali..tengok mak dia..berseri-seri nak dapat menantu

Dulu masa tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN..aku tengok farid kamil memang secucuk dengan lisa..tapi hurmm bukan jodoh maa...tapi nampak romantik betul kalau berganding berdua..tapi tu dulu..sekarang ngan YUSRY lagi secocok..

Kredit to Roti kaya dan Ohbulan...terima kasih awal2 dah tepek gambar deme ni..kalau idak..kempunan le nak tengok Yusry ngan Lisa bernikahh !!

Photobucket

Tragedi di Satu tempat

Sejak dua menjak ni...kemain payah betul ms. bucuk ni nak tido..
Tengok le, ada je benda dia nak buat hee...
sempat main losyen dulu..

posing seksi khas untuk pembaca MIA IZZATI 

Tadi pergi klinik timbang berat..memang mendebarkan..berat ms.bucuk ni dah melepasi tahap yellow..fuhhh..tapi ada stori tak besh..aku telah dilenyek masa sesi intebiu ngan puan2 misi tu..hurmm..kesahnya..aku lupa pula mia dah cukup 8bulan..selalu aku akan ckp 7bulan steng selagi tak sampai 22hb..so tadi nurse tanya anak aku umur brapa? aku dengan slumber kodok ni cakap 7 bulan..dia pun dok kira2..dan dia ckp eh dah 8 bulan kan?? aku pon apa lagi tengok syiling le..


Ada pulak puan misi yang menyebok tuu..sesuka hati je cakap
"UMUR ANAK PUN TAK HINGAT..".. hati aku macam kena hiris ngan pedang samurai..eh eh..macam le awak tu hengat semuanya.. nasib aku tak jawab umur anak saya 5 BULAN...kalau aku jawab gitu sah2 le buang tebiat...

Sepanjang sesi intebiu tu..aku membatu je..dia cakap 40 patah...aku jawab setengah patah je...
malas aku nak layan.. N misi disana cakap sepatutnya anak aku dah pandai duduk dah pandai merangkak...
aku tak tanya apa..LANTAK HANG le.. dia cakap MUNGKIN aku selalu pegang anak atau letak dalam walker..aku dengar je la..

Abis beli walker tak duduk dalam walker nak wat apa ek..?? bagi kuceng naik kot.. Ala rumah pengasuh aku, mana ada si kecik ni naik walker..kat umah aku pun..bukan le 25jam naik walker..ada juga dia tawaf satu rumah dengan berguling-guling...kalau tak, camne aku tahu anak aku dah mula angkat montot...adoiii..semuanyaa jadi masalah..berat tak naik pun masalah.. aduhh pening aku..

Kesimpulannya..Mulai sekarang.. asal masuk je 1hb Mac dah kira 9 bulan..takde 8 bulan steng lagi okey..

Photobucket
© Coklat Polkadot Mia Izzati | Templates by : Milik Ibu Mia's Design | All Rights Reserved™